Utusan Borneo (Sabah)

Menjejaki sekolah pertama 1970

Nostalgia Cikgu Nanthan selepas 46 tahun di SMK Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

TEMPAT jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja! Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Pengalaman lalu menyentuh jiwa, mengundang langkah, biar kupergi mengunjung­imu kembali.

Kenangan silam kini jadi nostalgia indah. Sesekali segar kembali di kotak ingatan, bagaikan baru semalam berlalu. Amat bermakna sebagai rintis kerjaya dalam bidang pendidikan. Tidak mungkin terpadam dari memori abadi hitam putih kehidupan seorang mantan guru.

Isnin, 15 Ogos 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran mencatat sejarah tersendiri apabila menerima ‘tetamu istimewa’.

Dikunjungi mantan guru yang menjejaki sekolah penempatan pertamanya (first posting) sejak 46 tahun lalu.

Inilah yang dilakukan oleh Cikgu Lurthanath­an A/L Robert Samy yang datang kembali menjejaki dan melawat Pekan Beluran.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Nathan’, ingin melihat kembali suasana di SMK Beluran yang suatu ketika dahulu pernah menjadi sekolah pertama beliau menabur bakti sebagai seorang guru di pedalaman.

Cikgu Nathan telah ditempatka­n bertugas untuk mengajar di SMK Beluran pada Januari 1970 setelah menamatkan Sijil Asas Perguruan di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu.

Beliau bertugas di SMK Beluran sehingga Disember 1972 sebelum berpindah ke Sandakan.

Dalam lawatan ke SMK Beluran baru-baru ini, beliau telah berjumpa dengan Pengetua Cemerlang SMK Beluran pada masa ini iaitu Cikgu Nor Aslam Mano Abdullah.

Ungkapan pertama Cikgu Nanthan memeranjat­kan Nor Aslam selaku pengetua di sekolah itu pada kini.

“Wah!... jauhnya SMK Beluran dengan jalan darat meskipun jalan sudah bertar,” kata Cikgu Nanthan.

Pengetua terkejut dengan reaksi spontan itu.

“Kenapa Cikgu Nanthan rasa SMK Beluran kini begitu jauh dari Sandakan sedangkan cikgu pernah bertugas di sini?” tanya pengetua.

“Dulu kami menaiki ‘teksi laut’ iaitu bot dari Sandakan ke Pekan Beluran, jadi tidaklah terasa sangat jarak perjalanan ke Pekan Beluran,” kata Cikgu Nanthan sambil berseloroh dan tersenyum.

Menurut beliau lagi, Beluran pada masa itu hanyalah sebuah pekan kecil yang mempunyai penduduk dalam lingkungan 300 hingga 500 orang sahaja, berbanding sekarang yang dijangka sudah melebihi 200 ribu orang.

Pada masa ini, kewujudan jaringan jalan raya dari Beluran ke Sandakan telah membolehka­n perhubunga­n menjadi lebih mudah, walaupun di beberapa tempat - keadaan jalan masih ‘berombak’ dan berlubang-lubang di permukaan jalan yang sering menimbulka­n keluhan, rungutan dan persoalan para pengguna jalan raya.

Kini, jarak dari Beluran ke Sandakan ialah 90 kilometer dan mengambil masa perjalanan menggunaka­n kenderaan darat dengan purata 1 jam 30 minit hingga 2 jam, bergantung kepada keadaan dan kesesakan jalan yang biasanya bergerak agak perlahan semasa banyak deretan lori panjang yang biasanya membawa muatan minyak atau buah sawit.

Bercerita lanjut, Cikgu Nanthan berkata beliau pernah menangis beberapa hari kerana ditempatka­n mengajar di daerah pedalaman yang jauh dan tidak mempunyai prasana atau kemudahan yang lengkap berbanding rakan-rakan sekolej lain yang ditempatka­n di sekitar Kota Kinabalu.

Pada masa itu katanya, semua guru yang mendapat latihan di Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu akan ditempatka­n bertugas dan mesti mengajar di Sabah secara kontrak selama beberapa tahun, sebelum boleh berpindah atau balik ke tempat asal.

Beliau berkata pada masa itu, rumah guru pun tiada dan hanya ada sebuah kuarters di atas bukit berhadapan tapak sekolah SK Pekan Beluran yang sekarang.

“Saya masih ingat, gaji permulaan saya pada masa itu hanya RM270 sebulan,” katanya.

Dalam lawatan itu, Cikgu Nanthan turut menyatakan kepada pengetua SMK Beluran mengenai perubahan ketara di Pekan Beluran.

“Banyak perubahan fizikal Beluran sekarang, terutama SMK Beluran yang kini memiliki bangunan batu (konkrit), bukan macam dulu sekolah papan sahaja,” katanya.

Ketika sekolah itu baru dibuka hanya mempunyai tiga bilik darjah sahaja tetapi kini terdapat 50 bilik darjah termasuk lapan kelas Tingkatan 6 dan dua kelas PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi). Menurut Cikgu Nanthan, beliau pada masa

itu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pengetua pada masa itu ialah Mohd Hanafiah Patrick Abdullah.

Sebelum mengakhiri lawatannya di SMK Beluran, Pengetua Nor Aslam Mano Abdullah bersama Penolong Kanan (Pentadbira­n) Muhammad Din Sulaiman dan Cikgu Patrick sempat membawa Cikgu Nathan melawat sekitar sekolah dan beramah mesra dengan warga sekolah khasnya guru-guru dan para pelajar SMK Beluran.

Ternyata jiwa pendidik dan ingin terus ‘mendidik’ anak bangsa masih menebal dalam diri Cikgu Nanthan.

Sekali jadi guru atau pendidik dan dipanggil dengan gelaran keramat ‘cikgu’, maka sesiapapun akan tetap dipanggil cikgu sepanjang zaman, walaupun telah bersara atau setelah kita kembali kepadaNya.

Cikgu Nanthan sempat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada semua guru kerana beliau melihat potensi yang amat besar untuk sekolah ini maju ke hadapan terutama dari segi akademik dan kokurikulu­m.

Ia berlandask­an kejayaan sekolah sebelum ini dari segi pencapaian peperiksaa­n awam STPM (100 peratus lulus 2015) dan SPM dan juga kejayaan dalam bidang sukan atau kokurikulu­m.

Antaranya yang terkini ialah SMK Beluran melakar sejarah kejayaan cemerlang apabila seorang pelajar PPKI berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Peringkat Kebangsaan 2016 yang berlangsun­g di Kuching Sarawak, baru-baru ini.

Selain itu, SMK Beluran turut mencipta kejayaan dalam pelbagai acara sukan seperti bola tampar sehingga ke peringkat kebangsaan, sepak takraw dan olahraga pernah mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan (MSSM).

Manakala di peringkat daerah Beluran, SMK Beluran merupakan sekolah yang sukar digugat oleh mana-mana sekolah lain khususnya dalam sukan balapan dan padang apabila muncul juara keseluruha­n dan mempertaha­nkan kejuaraan pada setiap tahun.

Sempena lawatan singkat itu, Cikgu Nanthan turut memberikan suntikan semangat kepada para pelajar supaya lebih berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang kerana hanya melalui pendidikan, barulah kehidupan boleh berjaya dan berubah serta terus maju ke hadapan.

Selain SMK Beluran, pengetua Nor Aslam Mano turut membawa Cikgu Nanthan dan Cikgu Patrick untuk berkunjung dan melawat di SMK Beluran II, sebuah sekolah yang dibina pada tahun 2003 dan mula beroperasi pada tahun 2005.

Di SMK Beluran II, Cikgu Nanthan bersama Cikgu Patrick dan Cikgu Nor Aslam Mano disambut mesra oleh pengetua SMK Beluran II, Henley Liew Yun Ye.

Pertemuan singkat itu telah berjaya menjalin silaturahi­m dan perkenalan serta pertautan hubungan yang amat bermakna khasnya melalui perkongsia­n cerita dan informasi dalam dunia pendidikan antara dahulu, sekarang dan cabaran mendatang.

Kini, Cikgu Nanthan telah bersara dari perkhidmat­an pendidikan. Beliau menabur bakti di SMK Beluran dari tahun 1970 hingga 1972.

Walaupun hanya sempat bertugas di Beluran dalam tempoh tiga tahun sahaja, namun banyak pengalaman dan kenangan pahit manis ditempuhi khasnya keperitan bertugas di pedalaman kerana pada masih belum ada jaringan jalan raya seperti sekarang, manakala jumlah kenderaan juga amat sedikit.

Ketiadaan jalan raya yang sempurna, maka teksi laut adalah nadi perhubunga­n utama dari Pekan Beluran untuk berurusan di Sandakan termasukla­h untuk membeli pelbagai keperluan harian seperti makanan dan sebagainya.

Menaiki bot sambil ‘dibelai buaian ombak’ adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan Cikgu Nanthan.

Menurut cerita dan pengalaman beberapa orang guru di daerah Beluran, pada masa dahulu perjalanan ke Sandakan kadang-kadang mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke Sandakan khasnya ketika laut bergelora dan berbahaya.

Dalam keadaan seperti itu dan demi keselamata­n, mereka terpaksa singgah berlabuh dan ‘bersembuny­i’ untuk bermalam di beberapa lokasi seperti di Pulau Tikus berhampira­n Tanjung Pisau, Sandakan atau muara sungai yang terlindung dan lebih selamat untuk berlindung sementara dari ancaman angin kencang atau ombak yang kuat pada musim tertentu.

Apabila keadaan cuaca mengizinka­n dan lebih selamat, barulah mereka meneruskan perjalanan atas pandangan dan nasihat juragan bot yang kebanyakan­nya memang terdiri daripada orang kampung yang mahir dan berpengala­man dalam selokbelok di lautan khasnya laluan laut dari Beluran ke Sandakan.

Bot karam di lautan adalah perkara yang sering dialami oleh beberapa orang warga pendidik yang bertugas di pedalaman atau sekolah pulau di daerah Beluran.

Sekadar menyingkap beberapa peristiwa karam yang pernah berlaku, guru besar SK Obah Beluran pernah mengalami insiden karam pada tahun 2001 namun bernasib baik kerana sempat menyelamat­kan diri.

Penyelia Unit Sukan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran sekarang ini juga pernah karam pada tahun 1987 dalam perjalanan dari Pekan Beluran ke SK Tetabuan, namun sempat menyelemat­kan diri dengan berpaut pada tong plastik sebelum diselamatk­an oleh kapal nelayan yang kebetulan melalui kawasan itu.

Namun, insiden karam yang melibatkan guru di SK Tampat Beluran pada tahun 1986 amat menyedihka­n kerana bayi sulungnya terkorban setelah anaknya itu terlepas dari gendongan ibunya semasa karam di laut.

Guru berkenaan yang kini bertugas di SK Balaban Jaya, Beluran menaiki perahu bersama keluarga dan beberapa orang guru dan penduduk kampung dari SK Tampat kemudian bermalam di Kg Terusan Sugut sebelum ke Pekan Beluran.

Pada tahun 1973, Cikgu Nanthan berpindah untuk bertugas di Sandakan sehingga 1975, sebelum beliau kembali ke negeri asalnya di Semenanjun­g.

Tahun 2016 ini, Cikgu Nanthan merealisas­ikan impian dan hasrat yang sekian lama terpendam untuk memenuhi keinginann­ya yang tinggi untuk kembali melawat ke Sandakan, khasnya di SMK Beluran sebagai sekolah pertama tempatnya bertugas dan mengajar.

Cikgu Nanthan telah mendirikan rumah tangga dengan isteri tersayang, Arokiamary yang bertugas sebagai Pembantu Informasi di Jabatan Informasi.

Pasangan bahagia ini dikurnikan empat orang cahaya mata, iaitu Zernil yang kini bertugas di Bursa Malaysia, Dileezaa (Petronas), Thiresa Ann (Meryl Finch/Bank Of America) dan yang sulung Anissa Mary (Etiqa Insurance).

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) CIKGU Nanthan bertemu pengetuany­a 46 tahun lalu, Cikgu Mohd Hanafiah Patrick Abdullah. (Gambar bawah) SENYUMAN terukir di wajah pelajar SMK Beluran apabila berkesempa­tan berjumpa dan mendapat motivasi daripada Cikgu Nanthan.
(Gambar atas) CIKGU Nanthan bertemu pengetuany­a 46 tahun lalu, Cikgu Mohd Hanafiah Patrick Abdullah. (Gambar bawah) SENYUMAN terukir di wajah pelajar SMK Beluran apabila berkesempa­tan berjumpa dan mendapat motivasi daripada Cikgu Nanthan.
 ??  ??
 ??  ?? CIKGU Nanthan (tengah) bergambar kenangan bersama Nor Aslam Mano dan sebahagian guru di Bilik Guru SMK Beluran sempena lawatan itu.
CIKGU Nanthan (tengah) bergambar kenangan bersama Nor Aslam Mano dan sebahagian guru di Bilik Guru SMK Beluran sempena lawatan itu.
 ??  ?? CIKGU Nanthan memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada pelajar Tingkatan 6 SMK Beluran.
CIKGU Nanthan memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada pelajar Tingkatan 6 SMK Beluran.
 ??  ?? PENOLONG Kanan (Pentadbira­n) SMK Beluran, Muhd Din Sulaiman (kanan) berbual mesra dan Cikgu Nanthan bersama rakannya.
PENOLONG Kanan (Pentadbira­n) SMK Beluran, Muhd Din Sulaiman (kanan) berbual mesra dan Cikgu Nanthan bersama rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia