Utusan Borneo (Sabah)

Gempa lemah tidak jejas pendakian

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS & NORNASHA SABLI (Pelatih UMS)

RANAU: Gempa bumi lemah bermagnitu­d 4.0 skala Richter berpusat 16 kilometer Barat Laut Ranau jam 9.38 pagi kelmarin tidak menjejas aktiviti harian penduduk, termasuk aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu.

Selain di sini, gegaran itu turut dirasai di Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Ranau Jimmy Lagung berkata, gegaran lemah terbabit tidak mengganggu aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu dan keadaan keselamata­n di persekitar­an gunung terkawal.

“Kita menerima laporan daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung ( Mosar) yang melaporkan keadaan serta aktiviti harian di gunung berjalan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.

Beliau berkata, keadaan di Ranau turut terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkenaan gegaran terbabit.

“Anggota bomba kini bersiap sedia dengan sebarang kecemasan dan kita akan menjalanka­n pemantauan rapi dari semasa ke semasa dengan mengambil kira semua kemungkina­n,” katanya sambil menambah tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kelmarin.

Pada 5 Jun tahun lalu masyarakat digemparka­n dengan kejadian gempa bumi berukuran 6.0 skala Ritcher yang berpusat di Ranau.

Gempa bumi yang berlaku pada jam 7.15 pagi yang berlangsun­g selama kira-kira 30 saat mengorbank­an 18 nyawa serta membawa berjuta ringgit kerugian terhadap kerosakan bangunan, sekolah, jalan raya dan beberapa premis perniagaan lain.

Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah pelajar Singapura serta guru daripada Sekolah Rendah Tanjong Katong, manakala empat lagi adalah malim gunung yang sedang dalam pendakian ke Gunung Kinabalu.

Selepas kejadian gempa di daerah berkenaan memperliha­tkan 45 gempa susulan sekitar 1.9 hingga 4.5 berlaku.

Dalam perkembang­an sama, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi melalui MetMalaysi­a akan terus memantau kejadian gempa bumi ini dari semasa ke semasa.

Kenyataan kementeria­n itu menasihatk­an orang awam supaya mendapatka­n maklumat terkini melalui MetMalaysi­a Hotline - 1 300 22 1MET (1638); laman web MetMalaysi­a www.met.gov. my, aplikasi mobil myCuaca, facebook malaysiame­t dan twitter @malaysianm­et.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia