Utusan Borneo (Sabah)

Fenomena istimewa planet Musytari dan Zuhrah esok

-

KOTA KINABALU: Planet Musytari dan Zuhrah bakal kelihatan berada pada kedudukan sangat hampir antara satu sama lain seolaholah bersatu dengan jarak pemisahan antara keduanya hanya 0.02 darjah sahaja, esok (28 Ogos).

Pegawai Sains Planetariu­m Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, berkata fenomena ini berlaku kerana kedudukan orbit planet Musytari dan Zuhrah yang hampir bersilang menyebabka­n sudut pandangan keduadua planet berkenaan dari Bumi kelihatan sangat kecil perbezaann­ya sehingga kelihatan seakan- akan hampir bertembung.

“Planet- planet seakanakan berada sangat hampir antara satu sama lain dan keduanya tidak mungkin akan berada sebegini hampir sekali lagi sehingga menjelang tahun 2025 nanti.

“Lebih menarik, kejadian fenomena ini memenuhi kriteria “Appulse” iaitu suatu istilah astronomi yang merujuk kepada kedudukan yang terlalu dekat antara suatu objek angkasa dengan yang lain,” katanya.

Tambah Zamri, fenomena appulse adalah sesuatu yang istimewa di mana ianya berlaku apabila dua objek angkasa terpisah terlalu kecil iaitu hanya kurang daripada 1 darjah di antara satu sama lain.

Untuk melihat fenomena ini, orang ramai boleh melihat ke langit arah Barat selepas Matahari terbenam sehingga menjelang jam 6.30 petang pada 28 Ogos ini. Kedua-dua planet akan kelihatan berada terlalu dekat antara satu sama lain seolah-olah di sana muncul suatu planet yang sangat cerah tetapi ia sebenarnya merupakan gabungan cahaya daripada kedua-dua planet yang berdekatan tersebut dan berada pada ketinggian sekitar 15 darjah dari kaki langit di sebelah Barat.

Sementara itu, Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazer) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK) akan mengadakan program pencerapan planet berkenaan di Segama Waterfront bermula jam 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook dan Twitter Sabah Stargazer.

 ??  ?? KEDUDUKAN bersatu. planet Musytari dan Zurah pada 28 Ogos ini yang kelihatan seperti
KEDUDUKAN bersatu. planet Musytari dan Zurah pada 28 Ogos ini yang kelihatan seperti
 ??  ?? PEGAWAI Sains Planetariu­m Negara, Mohd Zamri Shah Mastor.
PEGAWAI Sains Planetariu­m Negara, Mohd Zamri Shah Mastor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia