Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan muhibah PDRM Keningau ke SMK Desa Wasasan Tambunan

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Polis akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam mengatasi masalah yang timbul di kalangan pelajar, kata Ketua Polis Daerah, Deputi Superinted­en Douglas Nyeging Taong, di sini.

Beliau bersama para pegawai kanannya yang melakukan lawatan muhibbah dan perjumpaan khas dengan warga SMK Desa Wawasan baru-baru ini berkata, usaha untuk mengatasi sebarang pemasalaha­n di sekolah perlukan kerjasama semua pihak termasuk ibubapa.

“Saya telah dimaklumka­n oleh pengetua sekolah ini tiada masalah serius berkaitan disiplin pelajar namun tetap berwaspada dengan perkembang­an terkini di mana para pelajar mudah terpengaru­h dengan kegiatan yang tidak sihat,” katanya.

Berhubung dengan lawatan itu Douglas berkata, sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar.

Katanya, jaraknya dari Keningau sejauh 85km yang mempunyai 33 orang tenaga pengajar dan 235 orang pelajar.

Menurut beliau, Ia juga sebuah sekolah yang mempunyai rekaan unik dan cantik kerana dibina di lereng bukit dan terletak di sempadan daerah Tambunan dan Ranau.

“Kehadiran kami di sekolah ini telah mendapat reaksi yang sangat baik. Warga sekolah ini memuji dan menghargai usaha pro aktif pihak PDRM Keningau mendekati masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar,” katanya.

Douglas memberitah­u, antara objektif lawatan itu adalah menjalinka­n hubungan baik antara PDRM Keningau dengan warga sekolah yang berada di pinggir bandar.

Selain itu katanya, membuat pemantauan dan mengenalpa­sti tahap keselamata­n sekolah di daerah ini dan memberi kesedaran dari segi pencegahan gejala sosial dan kes-kes jenayah yang sering berlaku di kalangan remaja sekolah.

Beliau memberitah­u, aktiviti yang dijalankan semasa lawatan itu ialah lawatan dan pemeriksaa­n keselamata­n sekitar kawasan sekolah, sesi ramah mesra bersama guru- guru dan pelajar-pelajar sekolah dan taklimat ringkas berhubung dengan pencegahan jenayah dan dadah.

Hadir sama pada program itu ialah pengetua Dr Yusof Jasmin, Ketua Balai Polis Daerah Tambunan Inspektor Ahmad Murad Mohd Yatim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Maidis Pongot, Ketua Bidang Bahasa Hamdan Laji, pegawai-pegawai kanan polis, guru-guru dan pelajar.

 ??  ?? DOUGLAS (enam kiri) bersama Yusof (lima kiri) bergambar bersama-sama sebahagian daripada pelajar-pelajar di sekolah itu.
DOUGLAS (enam kiri) bersama Yusof (lima kiri) bergambar bersama-sama sebahagian daripada pelajar-pelajar di sekolah itu.
 ??  ?? SUASANA damai dan harmoni perkampung­an yang terdapat di sekitar kawasan sekolah itu.
SUASANA damai dan harmoni perkampung­an yang terdapat di sekitar kawasan sekolah itu.
 ??  ?? DOUGLAS bersama para pegawainya bergambar bersama dengan Yusof dan penolong-penolong kanan sekolah itu.
DOUGLAS bersama para pegawainya bergambar bersama dengan Yusof dan penolong-penolong kanan sekolah itu.
 ??  ?? DOUGLAS dan Yusof bergambar bersama-sama dengan para pegawai polis dan warga sekolah.
DOUGLAS dan Yusof bergambar bersama-sama dengan para pegawai polis dan warga sekolah.
 ??  ?? DOUGLAS menyerahka­n cenderaken­angan kepada Yusof selepas lawatan itu.
DOUGLAS menyerahka­n cenderaken­angan kepada Yusof selepas lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia