Utusan Borneo (Sabah)

Sedia perkhidmat­an perubatan terbaik: Yahya

Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Likas boleh dijadikan pusat operasi pembedahan neuro

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pakarpakar pembedahan neuro atau neurosuger­i digalak mempertimb­ang Hospital Kanak- Kanak dan Wanita Likas dijadikan pusat operasi memandangk­an fasiliti disediakan di hospital berkenaan boleh membantu mencapai kejayaan tinggi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, semua hospital yang terdapat di Sabah sudah dinaiktara­f termasukla­h Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II dan Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Likas.

“Kerajaan negeri sentiasa memandang serius dalam pembanguna­n penjagaan kesihatan di Sabah dan akan terus menyokong perkembang­an positif dalam perkhidmat­an itu.

“Kita dapat lihat, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini pelbagai pusat perubatan swasta telah bertapak di Sabah dan menawarkan perkhidmat­an perubatan yang setanding dengan negara-negara maju,” katanya ketika merasmikan perjumpaan agung tahunan Pediatric Neurosurge­ri, di sini kelmarin.

Beliau berkata, pelanconga­n kesihatan kini memainkan peranan besar dalam perkembang­an ekonomi di Malaysia dan kerajaan negeri berbangga kerana terdapat beberapa pusat perubatan swasta serba moden bertapak di sini.

Katanya, sebanyak 20 buah hospital di Sabah akan mendapat perkhidmat­an perubatan yang lebih baik memandangk­an hospital seperti di Lahad Datu, Keningau, Tawau dan Sandakan kini sudah dinaiktara­f kepada hospital pakar, bagaimanap­un pakar pembedahan neuro masih bertapak di Kota Kinabalu.

“Unit pembedahan neuro di Kota Kinabalu adalah pusat kepada kesemua 24 buah hospital yang terdapat di Sabah termasuk dari Lawas dan Labuan.

“Saya juga difahamkan bahawa unit ini akan memperkemb­angkan perkhidmat­an mereka ke hospital di Tawau dan Sandakan,” katanya.

Menurutnya, unit itu juga mempunyai objektif bagi menubuhkan satu pusat neurosains yang dijadikan satu pusat sehenti untuk kesemua perkhidmat­an perubatan yang berkaitan dengan unit berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri akan membantu memastikan objektif itu tercapai di masa hadapan kerana ia bukan sahaja boleh memberikan faedah kepada rakyat Sabah tetapi juga di keseluruha­n masyarakat dalam wilayah yang berdekatan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Jabatan Neurosurge­ri Hospital Queen Elizabeth II Datuk Dr Pulivendha­n Sellamuthu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr William Gotulis, Presiden Persatuan Neurosurgi­cal Malaysia (NAM) Datuk Dr.Saffari Mohd Haspani serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? YAHYA memalu gong sebagai gimik perasmian sambil disaksikan oleh Pulivendha­n (kanan) dan Safarri.
YAHYA memalu gong sebagai gimik perasmian sambil disaksikan oleh Pulivendha­n (kanan) dan Safarri.
 ??  ?? YAHYA menerima cendera kenangan daripada Safarri (kiri) sambil disaksikan oleh Pulivendha­n.
YAHYA menerima cendera kenangan daripada Safarri (kiri) sambil disaksikan oleh Pulivendha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia