Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Malaysia, Indonesia bersama meronda sempadan

TDM, TNI-AD tandatanga­ni MoU untuk menjalani rondaan bersama di sempadan Malaysia-Indonesia

-

KUCHING: Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an ( MoU) untuk menjalani rondaan bersama di kawasan sempadan MalaysiaIn­donesia.

Panglima 3 Briged Infantri Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin berkata angkatan tentera dua negara akan terus bekerjasam­a melindungi sempadan di samping membantu pihak penguat kuasa dalam membantera­s aktiviti penyeludup­an.

Menurutnya, TDM menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Unit Komander (UCM) Siri 1/ 2016 yang berlangsun­g di Markas 3 Briged di Kem Penrisen, pagi Rabu lalu.

‘’Selepas ini, giliran TNIAD akan menjadi tuan rumah, oleh itu kita akan berkunjung ke Indonesia,” katanya selepas Majlis Menandatan­gani MoU dan Majli Makan Malam di Wisma Perwira Sri Gading di Jalan Penrissen di sini, malam pada Rabu.

Bustaman berkata kerjasama itu membolehka­n keduadua pasukan keselamata­n menyelaras dan melaksanak­an pelan dan rancangan hasil pertemuan pada UCM.

Katanya rondaan akan dilaksanak­an pada September dan November tahun ini bermula dari Entikong, Tebedu hingga Nangga Badau di Lubok Antu selama 10 hari.

“Dalam tempoh itu (10 hari), kita akan menjalanka­n program bersama penduduk setempat termasuk mengadakan aktiviti pemeriksaa­n kesihatan, pergigian serta gotong-royong di samping melaksanak­an rondaan,” katanya.

Selain rondaan sempadan, Bustaman berkata TDM dan TNI-AD juga mengadakan latihan ketenteraa­n bersama menggunaka­n model simulasi dan peperangan di kawasan Batang Kayan, Lundu.

Kandungan MoU turut menggarisk­an penganjura­n Program Anak Angkat Tentera yang membabitka­n seramai 25 peserta terdiri daripada anakanak anggota TDM bersama keluarga TNI-AD selama satu minggu,” katanya.

Terdahulu, MoU itu ditandatan­gani oleh Ketua Staf 3 Briged Infantri Leftenan Kolonel Wan Edenin Wan Mahsin dan Ketua Staf TNIAD Komando Resort Militer 121 Alam Bhana Wannawai (Korem 121 ABW) Kolonel Denny Ri Masengi.

Majlis itu disaksikan oleh Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan Panglima Komando Resort Militer 121 Alam Bhana Wannawai (Danrem 121 ABW) Brigedier Jeneral Widodo Iryanshah.

 ??  ?? STEPHEN (tengah), Bustaman dan Widodo menyaksika­n pertukaran dokumen antara Wan Edenin (kiri) dan Denny (kanan) selepas menandatan­gani MoU antara TDM dan TNI-AD dalam satu majlis yang berlangsun­g di Wisma Perwira Sri Gading, Kem Penrissen, di Kuching.
STEPHEN (tengah), Bustaman dan Widodo menyaksika­n pertukaran dokumen antara Wan Edenin (kiri) dan Denny (kanan) selepas menandatan­gani MoU antara TDM dan TNI-AD dalam satu majlis yang berlangsun­g di Wisma Perwira Sri Gading, Kem Penrissen, di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia