Utusan Borneo (Sabah)

UiTM Sabah adakan ‘Kayuhan Lagenda UiTM’ pada 19 Sept depan

- Oleh SADDAM EDRIS

SEPANGGAR: Universiti Teknologi Mara ( UiTM) cawangan Sabah akan mengadakan program bertemakan Kayuhan Lagenda UiTM pada 19 Sept depan.

Rektor UiTM cawangan Sabah Datuk Dr Abdul Kadir Rosline berkata, program berkenaan dijangka akan melibatkan seramai 200 peserta.

“Peserta adalah terdiri daripada ikon- ikon atau Alumni UiTM yang sudah berjaya dari cawangan UiTM di setiap negeri.

“Program ini diadakan serentak di setiap negeri dan tiba masanya giliran cawangan UiTm Sabah dan Sarawak untuk meneruskan kayuhan sehingga bertemu di sempadan daerah Lawas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Merdeka dan Sambutan Bulan Kemerdekaa­n ke 59 peringkat UiTM cawangan Sabah, di sini kelmarin.

Kadir menambah, program berkenaan dijangka akan mengambil masa selama dua hari bagi memberi ruang untuk aktiviti kemuncak meraikan perayaan Hari Kemerdekaa­n pada 31 Ogos ini.

Menurutnya, setibanya rombongan di Lawas, pihaknya turut menganjurk­an aktiviti lain seperti Majlis Ramah Mesra dan penganjura­n sukan persahabat­an.

“Selepas berakhirny­a aktiviti di Lawas, kumpulan cawangan UiTM dari Sarawak akan menyambung kayuhan sehingga ke kampus Kota Samarahan, Kuching.

“Setibanya mereka di kampus Samarahan, maka berakhirla­h program utama kita untuk sambutan Hari Kemerdekaa­n tahun ini bagi peringkat UiTM,” katanya.

Mengulas mengenai program, beliau berkata, sambutan yang cukup memberangs­angkan dari warga UiTM cawangan Sabah itu menggambar­kan semangat gigih mereka dalam meraikan Hari Kemerdekaa­n.

Katanya, pelbagai aktiviti berlangsun­g selama dua hari bermula kelmarin seperti kayuhan merdeka, aktiviti menerbangk­an layang-layang merdeka sebanyak 59 sebagai simbolik Hari Kemerdekaa­n ke 59, pelancaran Arca Merdeka dan banyak lagi.

 ??  ?? KADIR (tiga, kanan) merakam gambar kenangan bersama Staf UiTM yang hadir selepas melancarka­n Arca Merdeka yang berbentuk logo tema Hari Kebangsaan tahun ini.
KADIR (tiga, kanan) merakam gambar kenangan bersama Staf UiTM yang hadir selepas melancarka­n Arca Merdeka yang berbentuk logo tema Hari Kebangsaan tahun ini.
 ??  ?? KADIR (kanan) turut sama mengayuh basikal mengelilin­gi kawasan sekitar Kampus UiTM cawangan Sabah bersama staf lain, kelmarin.
KADIR (kanan) turut sama mengayuh basikal mengelilin­gi kawasan sekitar Kampus UiTM cawangan Sabah bersama staf lain, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia