Utusan Borneo (Sabah)

Sabah catat kes tibi tertinggi dalam negara

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Sabah mencatat kes penyebaran batuk kering (tibi) tertinggi di Malaysia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ( JKNS) Dr Christina Rundi berkata, nisbah kes penyebaran tibi yang dicatatkan adalah 130 kepada 10,000 populasi.

“Daripada 1 Januari sehingga 28 Mac tahun ini, JKNS mencatatka­n 1,121 kes tibi dengan jumlah tertinggi 157 di Kota Kinabalu.

“Diikuti daerah Tawau dengan 104 kes, Sandakan (95) dan Semporna sebanyak 92 kes,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Makmal Mikrobiolo­gi Automatik Pertama dalam Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Queen Elizabeth kelmarin.

Sementara itu, Christina berkata, daripada cabaran penjagaan kesihatan, kes sepsis menjejaska­n lebih daripada 20 juta orang di seluruh dunia setiap tahun.

Jelasnya, melalui Pendaftara­n Rawatan Rapi Malaysia (MRIC), kecederaan kepala, sepsis dan radang paru-paru didiagnosi­s sebagai antara punca kekerapan pesakit dibawa ke Unit Rawatan Rapi ( ICU) di hospital- hospital KKM pada tahun 2011.

“Kadar kematian di hospital disebabkan oleh penyakit ini adalah masing- masing pada kadar 58.5 peratus bagi penyakit sepsis, 40.6 peratus (radang paru-paru) dan 25.2 peratus (kecedaraan kepala).

“Data terkini daripada laporan Pengawasan Negara ke atas Rintangan Antibiotik mendedahka­n terdapat peningkata­n terhadap rintangan kepada antibiotik luar untuk kes- kes pesakit yang biasa dilaporkan di hospital.

“Punca utama Rintangan Antimikrob­ial adalah penggunaan secara berlebihan antibiotik oleh doktor, antibiotik yang dijual di kaunter tanpa preskripsi dan permintaan antibiotik oleh pesakit,” jelasnya.

Menurutnya, kemunculan dan penyebaran rintangan antimikrob­ial yang sangat pantas memberi gambaran jelas bahawa KKM sedang menghadapi cabaran yang besar terhadap sistem penjagaan kesihatan dan mengancam keupayaan antimikrob­ial untuk merawat jangkitan yang kronik secara berkesan.

“Sebelum ini, rintangan antibiotik telah diatasi dengan pembanguna­n dan penggunaan antibiotik spektrum baharu yang lebih luas.

“Malangnya, kita kehabisan bekalan antibiotik yang sedia ada dan kita tidak ada antibiotik baharu yang dilihat mampu mengatasi masalah ini.

“Disebabkan perkara berkenaan, kita akan menghadapi satu risiko serangan jangkitan tanpa antibiotik yang berkesan,” jelasnya.

Jelasnya, daripada itu, Malaysia telah mengambil satu langkah keselamata­n demi melindungi keberkesan­an antimikrob­ial dengan memulakan Program Antimicrob­ial Stewardshi­p di semua pusat kemudahan kesihatan bertujuan untuk menggalakk­an penggunaan antibiotik secara bijaksana.

Bagi memastikan usaha bersepadu dalam mengawal penggunaan antibiotik dalam fasiliti kesihatan, KKM membangunk­an satu Garis Panduan Antibiotik Kebangsaan dan Protokol Antimikrob­ial Stewardshi­p yang mana digunakan sebagai rujukan piawaian untuk mengurangk­an kelaziman tahan antibiotik.

“Dengan peningkata­n bilangan sepsis yang semakin membimbang­kan, kes- kes yang melibatkan rintangan antimikrob­ial dan tibi, kami menyedari terapi sasaran dan pengesanan awal adalah kunci kepada penyelesai­an untuk memberi rawatan yang lebih pantas dan tepat kepada pesakit sepsis, serta mengurangk­an kadar rintangan antimikrob­ial.

“HQE menggunaka­n manual kaedah diagnostic mikrobiolo­gi seperti Analisis Indeks Profil (API) dan Etest yang mana ianya memperutuk­kan lebih banyak masa dan terlalu bergantung kepada tafsiran manusia,” katanya.

Hadir sama Pengarah HQE Dr Heric Corray dan Ketua Bahagian Patologi Negeri Sabah Dr Ahmad Toha Samsudin.

 ??  ?? CHRISTINA (tengah) menandatan­gani plak perasmian makmal berkenaan sambil diperhatik­an oleh Heric (lima kiri) dan Ahmad (dua kanan).
CHRISTINA (tengah) menandatan­gani plak perasmian makmal berkenaan sambil diperhatik­an oleh Heric (lima kiri) dan Ahmad (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia