Utusan Borneo (Sabah)

Kedatangan Yuna di Sabah tarik lebih 2,000 penonton

Kedatangan Yuna di Sabah tarik lebih 2,000 penonton

- Oleh SADDAM EDRIS

PENYANYI sensasi Malaysia Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna berjaya menarik lebih 2000 pengunjung pada Pra Parti Borneo Run 2016 yang berlangsun­g di Dewan Hakka, Kota Kinabalu malam Jumaat lepas.

Yuna yang buat pertama kali menjejaki kaki ke negeri di bawah bayu itu memulakan persembaha­nnya dengan lagu berjudul ‘Rescue’ diikuti dengan lagu baru beliau daripada album terbaru berjudul ‘Chapter’. Seterusnya, majlis bertambah hangat dengan persembaha­n lagu Yuna berjudul ‘Crush’ yang menjadi juara carta lagu duet bersama penyanyi antarabang­sa Usher. Suasana berubah lebih klasik apabila beliau mendendang­kan lagu ‘Terukir di Bintang,’ dan ‘Dan Sebenarnya’ Penganjur turut menampilka­n artis-artis tempatan seperti Gee Mojina, Jonathan Tse dan artis yang terkenal dengan ‘Beatbox’ Shawn Lee pada malam itu. Juruhe- bah Hitz FM Rica, Farhan dan Calista menjadi penga- cara pada majlis itu dan gelak tawa tidak pernah putus melihat gelagat penglibata­n orang ramai melalui pelbagai permainan yang menjadi selingan persembaha­n.

Setelah itu, peminat Yuna turut diberikan peluang beramah mesra dengan Yuna selepas persembaha­n.

Orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada peserta Borneo Run yang su- dah berdaftar akan beraksi pada 5 Nov depan bertempat di Stadium Likas.

Think Workshop sebagai pihak penganjur Borneo Run 2016 kembali dengan konsep yang baru selepas kejayaan sulungnya pada tahun lepas.

Pegawai Eksekutif Perhubunga­n Awam Think Workshop Alison Chong berkata, pihaknya memberikan kelainan pada larian tahun ini dengan menambah jarak larian sehingga 12 kilometer dan menempatka­n lebih banyak pusat pemeriksaa­n buat peserta.

“Selain itu, kami juga akan mengadakan sekali lagi konsert parti terakhir yang bakal menampilka­n artis antarabang­sa seperti Taboo daripada BlackEyed Peas, DJ Soda dan Hello Venus.

“Kami turut menyediaka­n pelbagai hadiah menarik yang ditaja oleh New York Fitness bersama Acer sebagai tambahan kepada hadiah cabutan bertuah kita iaitu kereta jenama-baru Honda Jazz,” katanya.

Pendaftara­n penyertaan akan ditutup pada 31 Ogos ini dan peringkat baru pendaftara­n selepas konsert parti yang digelar ‘Rocking Ape’ yang akan diumumkan kemudian berharga RM80 seorang.

Program itu juga mendapat kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan

Lembaga Sabah. Turut hadir pada Pra-parti itu adalah Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

 ??  ??
 ??  ?? YUNA DEWAN penuh sesak dengan kehadiran pengunjung menyaksika­n persembaha­n Yuna. JURUHEBAH Hitz FM mengadakan permainan selingan buat pengunjung.
YUNA DEWAN penuh sesak dengan kehadiran pengunjung menyaksika­n persembaha­n Yuna. JURUHEBAH Hitz FM mengadakan permainan selingan buat pengunjung.
 ??  ?? Pelanconga­n SHAWN LEE
Pelanconga­n SHAWN LEE
 ??  ?? JONATHAN TSE
JONATHAN TSE
 ??  ?? GEE MOJINA
GEE MOJINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia