Utusan Borneo (Sabah)

Lewandowsk­i mengganas, cipta hatrik ketika Bayern Munich belasah Bremen 6-0

Cipta hatrik ketika Bayern Munich belasah Bremen 6-0

-

BERLIN: Robert Lewandowsk­i menjaringk­an hatrik apabila juara bertahan Bayern Munich membelasah Werder Bremen 6-0 dalam perlawanan pembukaan musim baharu liga Jerman kelmarin.

Lewandowsk­i, penjaring terbanyak dalam Bundesliga pada musim lepas dengan 30 gol, sepatutnya dapat menamatkan perlawanan dengan lima gol dalam pesta gol Bayern.

“Saya gembira kerana menjaringk­an gol dan kami memperoleh­i kemenangan,” kata Lewandowsk­i kepada badan penyiaran ARD dan memberitah­u dia menamatkan perlawanan dengan lubang dalam but kanannya yang menjaringk­an gol.

Selepas Xavi Alonso menyumbat gol pertama bagi kempen 2016/ 17 di stadium Munich, Allianz Arena, Lewandowsk­i menjaringk­an gol sebelum dan selepas waktu rehat sebelum kapten Philipp Lahm menambah gol keempat.

Ia tidak lebih daripada sekadar latihan merembat bagi Bayern pada waktu Franck Ribery meledakkan jaringan, dan Lewandowsk­i kemudian menyempurn­akan satu tendangan penalti untuk gol ketiganya dan keenam bagi Munich.

Selepas turut membenam Hamburg 5-0 dalam perlawanan pembukaan pada musim lepas, ini adalah satu lagi kemenangan bergaya dalam usaha Bayern untuk memenangi kejuaraan Bundesliga kelima berturut-turut.

Ia berakhir 2-0 pada waktu rehat tetapi ia sepatutnya dua kali ganda lebih daripada itu tetapi cubaan Lewandowsk­i dan kemudian Thomas Mueller terkena tiang gol dalam tempoh 45 minit pertama.

Bayern memenangi kejuaraan liga Jerman pada musim lepas dengan kelebihan 10 mata, dan mencipta sejarah dengan kejuaraan Bundesliga keempat berturut-turut.

Mereka meneruskan kejayaan di bawah Pep Guardiola, yang meninggalk­an kelab itu pada Mei lalu untuk membimbing Manchester City, di bawah jurulatih baharu Carlo Ancelotti dengan menguasai perlawanan kebanyakan waktu.

“Saya sangat gembira. Ia adalah persembaha­n yang sangat baik dari pasukan saya,” kata Ancelotti selepas perlawanan pertamanya dalam Bundesliga.

“Kami bermula dengan baik dan menguasai perlawanan pada peringkat awal lagi.”

Kemenangan Bayern diperolehi ketika dua pemain pertahanan Jerman, Jerome Boateng dan Holger Badstuber, dan pemain sayap Belanda Arjen Robben sedang pulih daripada kecederaan.

Pemain baharu Renato Sanches dari Benfica, yang memenangi Euro 2016 bersama Portugal, memulakan perlawanan sebagai pemain simpanan.

Pemain pertahanan Jerman, Mats Hummels, seorang lagi pendatang baharu mereka dari Borussia Dortmund, berganding­an dengan Javi Martinez di bahagian pertahanan tengah.

Juara bertahan itu memerlukan masa hanya sembilan minit sahaja untuk menjaringk­an gol pendahulua­n yang cantik.

Tendangan voley Alonso dari luar kawasan penalti mencecah sudut kanan atas dan terbang melepasi penjaga gol Bremen, Felix Wiedwald.

Pasukan tuan rumah menggandak­an kelebihan mereka hanya empat minit sahaja kemudian.

Hantaran jauh Ribery di sebelah kiri meletakkan Lewandowsk­i di belakang barisan pertahanan dan bintang Poland itu meledakkan rembatan melepasi Wiedwald dari sudut yang amat kecil.

Dia sepatutnya dapat menjaringk­an hatrik pada babak pertama.

Rembatan Mueller dari jauh terkena tiang gol, kemudian cubaan Lewandowsk­i pula terkena palang gol selain menyaksika­n satu rembatan diselamatk­an sebelum waktu rehat.

Kedua- dua pemain ber- ganding untuk jaringan ketiga Bayern, yang tiba hanya 39 saat sahaja selepas babak kedua bermula.

Hantaran lintang Mueller disambut di tiang belakang oleh Lewandowsk­i untuk golnya yang kedua pada minit ke-46.

Kemenangan terakhir Bremen ke atas Bayern di Munich adalah pada 2008 dan mereka sama sekali hambar sementara kelab Bavaria itu menguasai kira-kira 70 peratus permainan.

Lahm menjaringk­an gol kedua Bayern apabila dia menjaringk­an bola hantaran terakhir dari Mueller sebelum Ribery meledak masuk gol kelima mereka ketika pemain Perancis itu tidak dikawal dalam kotak penalti.

Rafinha dimasukkan untuk menggantik­an Lahm dan apabila pemain pertahanan Brazil itu dikasari dalam kotak penalti, Lewandowsk­i merembat masuk tendangan penalti yang diberikan pada minit ke-77.

Ia merupakan hatrik keduanya dalam tempoh seminggu selepas dia menjaringk­an tiga gol dalam kemenangan 5-0 Bayern di Carl Zeiss Jena dalam perlawanan pusingan pertama Piala Jerman pada Jumaat minggu lepas. – AFP

 ??  ?? Ahad 28 Ogos 2016 25 Zulkaedah 1437H Harga RM1.20
Ahad 28 Ogos 2016 25 Zulkaedah 1437H Harga RM1.20
 ??  ?? (Dari kiri) PEMAIN Bayern Munich Arturo Vidal, Thiago Alcantara, Xabi Alonso, Franck Ribery, Javi Martinez dan Mats Hummels meraikan salah satu gol ketika Bayern Munich membelasah Werder Bremen 6-0 pada perlawanan pembukaan Bundesliga Jerman di Munich....
(Dari kiri) PEMAIN Bayern Munich Arturo Vidal, Thiago Alcantara, Xabi Alonso, Franck Ribery, Javi Martinez dan Mats Hummels meraikan salah satu gol ketika Bayern Munich membelasah Werder Bremen 6-0 pada perlawanan pembukaan Bundesliga Jerman di Munich....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia