Utusan Borneo (Sabah)

PERHIMPUNA­N HARAM

Penganjur perhimpuna­n TMO1 akan ditahan

-

KOTA KINABALU: Penganjur perhimpuna­n TMO1 akan ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 9 ( 5) Akta Perhimpuna­n Aman selepas mengadakan perhimpuna­n yang tidak mendapat kelulusan di Taman Chong Thian Voon bersebelah­an Kompleks Mahkamah Negeri, di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, penganjur perhimpuna­n yang sudah melakukan kesalahan mengikut Akta Perhimpuna­n Aman akan disiasat selepas ini.

“Penganjur terbabit bukan sahaja melakukan kesalahan yang dinyatakan malah mereka juga didapati tidak memberikan notis yang lengkap kepada pihak polis selain tidak mendapat kebenaran daripada tuan tanah atau pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas perhimpuna­n TM01 yang dijalankan kira-kira jam 2 petang di lokasi kejadian.

Chandra berkata, pihaknya turut mendapati sebahagian besar daripada kira- kira 25 peserta yang menyertai perhimpuna­n ini dikenalpas­ti sebagai pelajar tempatan.

“Sebahagian peserta perhimpuna­n adalah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

“Pelajar berkenaan juga turut melanggar Akta Universiti apabila melibatkan diri dalam aktiviti politik luar kampus.

“Kita akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar berkenaan tambahan pula adalah menjadi satu kesalahan kepada pelajar terbabit selepas menyertai perhimpuna­n yang dianggap haram ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanap­un tidak membuat sebarang tangkapan terhadap peserta perhimpuna­n dan hanya bertindak merampas banting dan sepanduk yang digunakan oleh peserta terbabit sepanjang perhinpuna­n dijalankan.

“Perarakan peserta hanya berjalan dalam kumpulan yang kecil sahaja dan ianya tidak menjejaska­n persekitar­an masyarakat di ibu negeri dan tidak menggangu laluan lalu lintas di kawasan yang dilalui.

“Buat masa ini tiada tangkapan yang dilakukan, bagaimanap­un tangkapan akan dibuat kemudian jika peserta melakukan sebarang perbuatan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Katanya, pihaknya juga hanya memberikan masa selama 10 minit kepada penganjur untuk membuat kesimpulan perhimpuna­n berkenaan.

Chandra turut menasihatk­an golongan pelajar untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti politik luar kampus bagi mengelakka­n tindakan dalaman di IPTA selain ianya akan merosakkan serta menjejaska­n masa depan pelajar itu sendiri.

 ??  ?? Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS CHANDRA memberikan masa hanya 10 minit kepada peserta perhimpuna­n untuk bersuara. ANGGOTA polis turut mengawal pergerakan peserta perhimpuna­n.
Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS CHANDRA memberikan masa hanya 10 minit kepada peserta perhimpuna­n untuk bersuara. ANGGOTA polis turut mengawal pergerakan peserta perhimpuna­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia