Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jadi duri dalam daging: Bung

Peringatan Bung kepada ahli yang tikam dari belakang

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Tiga sayap parti Umno diingatkan agar tidak menjadi duri dalam daging untuk merosakkan perpaduan dan kekuatan parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin berkata, semua ahli Umno terutamany­a tiga sayap parti Pemuda, Wanita dan Puteri harus memberi sokongan padu kepada parti dan jangan menghentam dengan cara menikam dari belakang.

“Seruan dan ikrar taat setia kepada parti harus diterjemah­kan melalui perbuatan, kata- kata dan pendekatan ahli parti... tetapi jangan pula di hadapan sokong kepada parti tetapi di belakang menghentam parti dan tikam dari belakang,” katanya.

Bung Moktar berkata demikian ketika Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag Kinabatang­an, kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an berkata, jikalau ada sesuatu perkara yang tidak dipersetuj­ui atau disokong, sebaik- baiknya dibincang dengan baik.

“Kalau tidak sokong dan tidak setuju, nyatakan depandepan. Jangan pula di depan kita bergelak ketawa, tetapi di belakang kita tikam kawan dari belakang,” katanya.

Justeru itu, Bung Moktar juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatang­an menasihatk­an bahawa semua ahli Umno dan BN harus menjadi satu organisasi yang cukup memahami perjuangan parti untuk bangsa, agama dan negara.

Jika perjuangan parti ini dapat dihayati dengan betul, Bung Moktar percaya kekuatan parti yang sedia ada dan perpaduan yang telah dibina sejak sekian lama, akan terus bertaut antara satu dengan yang lain.

Menurutnya rakyat juga harus bersyukur dengan perpaduan yang ada di bawah pemerintah­an kerajaan BN yang bertahan sehingga sekarang, keselamata­n negara sentiasa berada dalam keadaan baik, serta negara sentiasa aman dan damai.

“Sudah menjadi tanggungja­wab kita melalui wadah perjuangan Umno dan BN untuk mempertaha­nkan sedikit kuasa yang ada pada kita, walau pun berhadapan dengan pelbagai halangan, cabaran dan ujian.

“Saya cukup yakin pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Kinabatang­an akan dapat meneruskan momentum perjuangan parti dan terus memberi dokongan serta sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar juga meminta ahli Umno dan BN agar tidak mudah terikut-ikut dengan kewujudan parti baharu.

“Kita perlu sedar dimana Umno dan BN telah banyak menyediaka­n pelbagai kemudahan untul rakyat terutamany­a di kawasan luar bandar,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Jafry Ariffin, Naib Ketua Umno Bahagian Pg Aziz Pg Damsah, Setiausaha Umno Bahagian Wan Daud Kahar, Bendahari Bahagian Rahia Arpaih, Ketua Pemuda Umno Bahagian Aksyah Nasrah, Ketua Wanita Umno Bahagian Hajah Aminah Johan, Ketua Puteri Umno Bahagian Dayang Norhayati OKK Titing dan barisan kepimpinan Umno bahagian itu.

 ??  ?? BUNG Moktar meletakkan keris sebagai gimik perasmian persidanga­n serentak sambil diperhatik­an oleh Jafry, Pg. Aziz, Aksyah, Rahia, Aminah dan Norhayati.
BUNG Moktar meletakkan keris sebagai gimik perasmian persidanga­n serentak sambil diperhatik­an oleh Jafry, Pg. Aziz, Aksyah, Rahia, Aminah dan Norhayati.
 ??  ?? TIGA barisan pemimpin sayap parti bahagian Umno Kinabatang­an bergambar bersama Bung Moktar, Jafry, Pg. Aziz, Wan Daud dan Rahia.
TIGA barisan pemimpin sayap parti bahagian Umno Kinabatang­an bergambar bersama Bung Moktar, Jafry, Pg. Aziz, Wan Daud dan Rahia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia