Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno perlu terus memperkuat parti, jadikan parti lebih popular: Salleh

-

KOTA BELUD: Anggota Umno, khususnya di Bahagian Kota Belud, diingatkan supaya terus memperkuat pergerakan parti sekali gus menjadikan Umno lebih popular, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh, selaku Ketua Umno Bahagian Kota Belud, berkata semua anggota Umno juga perlu memastikan setiap perjuangan adalah ikhlas untuk memastikan parti kekal relevan dan bukan individu tertentu.

Anggota Umno, kata beliau, sepatutnya melahirkan perasaan terhutang budi kepada kerajaan yang banyak membawa pembanguna­n negara dan bukannya kepada individu tertentu.

“Kita berjuang dan bekerja untuk rakyat melalui parti (kerana) Umno mesti popular, popular daripada individu (pemimpin) dan jangan jadikan individu lebih popular daripada parti,” katanya.

Salleh, yang juga Bendahari Umno Pusat, berkata demikian ketika berucap pada perasmian Persidanga­n Serentak Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Belud di Dewan Tun Said di sini, kelmarin.

Persidanga­n itu dirasmikan Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dalam pada itu, Salleh berkata parti tidak boleh dipisahkan dengan presiden parti kerana ia adalah tunjang kepada sesebuah parti.

Sehubungan itu, beliau berkata, sokongan penuh harus diberi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti untuk terus memimpin dalam perjuangan Umno.

Salleh berkata gerakan yang mahu mewujudkan parti baharu ketika ini hanya dilihat ingin menjatuhka­n Umno semata- mata; dan menjadi tanggungja­wab anggota Umno untuk memerangi mereka sebagai musuh yang mahu menghancur­kan parti.

Ini, katanya, termasuk turun ke padang dan menjelaska­n keadaan sebenar serta mendedahka­n kelemahan-kelemahan pihak pembangkan­g.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia