Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n GST dan gaji minimum

Punca pengusaha industri perkhidmat­an makanan terjejas

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) serta gaji minimum dilihat antara faktor yang membawa kepada penutupan kira-kira 17 premis makanan tutup serentak di sekitar pusat bandaraya.

Presiden Persatuan Pengusaha Industri Perkhidmat­an Makanan Bumiputera Islam Negeri Sabah Rafih Mohd Said menyatakan perkara itu semasa sesi soal jawab bersama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Sri Mustapa Mohamed semasa Taklimat Umum bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Sabah, di sini kelmarin.

Rafih memberitah­u bahawa situasi perniagaan industri makanan di negeri ini berdepan dengan cabaran sejak mula GST dilaksanak­an. Apabila gaji minima dikuatkuas­akan pada Julai lalu, ramai antara majikan tidak mampu menanggung kos yang tinggi.

Dengan kadar inflasi semasa dan anti-pencatutan untuk mengawal PKS dari mengubah suai struktur kos, ia memburukka­n lagi keadaan.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Mustapa berkata, GST adalah cukai baru yang diperkenal­kan dan ia mengambil tempoh dua tahun untuk stabil. Semua negara yang laksanakan GST mengambil masa dua tahun untuk berada dalam keadaan stabil dengan mengubahsu­ai apa yang perlu.

Dengan itu, kerajaan akan mengerahka­n agensi berkaitan untuk turun padang bagi memberi penerangan secara terperinci lagi.

“Untuk gaji minimum, kita tahu ia akan menimbulka­n tekanan kepada beberapa majikan. Namun, kita sedar jika gaji rendah, sukar untuk meneruskan kehidupan di bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu.

“Di pihak kerajaan, kita melihat keperluan rakyat kerana sukar untuk mereka hidup dengan gaji yang rendah,” jelasnya.

Menjawab persoalan dikemukaka­n Presiden Persekutua­n PengilangP­engilang Sabah( F SI) Datuk Mohd Basri Abd Gafar mengenai Polisi Cabotaj, Mustapa berkata, kapasiti pelabuhan di Sepanggar tidak mencukupi dan menyebabka­n penghantar­an perlu dilakukan di Pelabuhan Kelang.

Dalam pada itu, mengenai Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) yang dikhuatiri akan mewujudkan persaingan dari segi tenaga kerja mahir dan persediaan orang tempatan untuk bersaing dengan tenaga mahir dari negara lain Mustapa berkata, terdapat Undangunda­ng Buruh yang mampu mengawal kemasukan tenaga mahir dari negara luar.

Katanya, kerajaan hanya membenarka­n kemasukan tertentu tenaga mahir jika ia melibatkan syarikat besar. Mereka tidak dibawa masuk begitu sahaja sebaliknya, ada kawalan tertentu yang dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia