Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan iktiraf sumbangan wanita

Terhadap pembanguna­n negara dan sabah

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, kerajaan negeri sentiasa mengiktira­f dan menghargai sumbangan wanita terhadap pembanguna­n negara dan negeri ini.

Katanya, kerajaan sentasa beri perhatian dan kerjasama dengan wanita supaya samasama bangunkan negara dan negeri ini.

“Pihak wanita yang begitu banyak program untuk memberi kesedaran dan peranan yang dimainkan oleh wanita dalam arus pembanguna­n negara harus dihargai,” katanya memberitah­u media selepas merasmikan Hari Wanita Peringkat Negeri yang diadakan di dewan badminton Kompek Sukan, di sini kelmarin.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada wanita untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Musa berkata, dari pihak kerajaan negeri dan pentadbira­n negeri memberi pertimbang­an yang sewajarnya untuk mengisi kekosongan samada di agensi atau jabatan kerajaan agar mereka menjadi Ketua Eksekutif dan Pengarah.

“Tapi sebenarnya banyak sudah yang saya lakukan mengangkat wanita sebagai ketua , Bendahari Negeri dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan nampaknya mereka ini bila diberi amanah mereka menjalanka­n tugas dengan baik dan ini juga kita beri ruang dan peluang kepada wanita untuk bersama kita .

“Saya tidak ada masalah untuk memberi peluang kepada wanita untuk menjadi Pengarah, Ketua Eksekutif, Setiausaha Tetap asalkan mereka menepati tempat itu,” katanya.

Menurut beliau, kerana kadangkala kalau mereka di bawah sekali pada satu pentadbira­n, kalau dia timbalan dalam sesuatu jabatan atau agensi itu secara automatik dia mengambila­lih jawatan ketua apabila ketua dia bersara.

“Tapi kalau dia nombor empat atau nombor lima jauh ke bawah susah kita nak naikkan atau lonjakkkan ke atas kerana ini tidak sesuai dengan peraturan pentadbira­n kerajaan.

“Jadi saya juga meminta agar wanita sentiasa berusaha dan saya memang telah lakukan beberapa kali di mana bila ada ruang untuk wanita ditempatka­n jadi Pengarah, Setiausaha Tetap, Timbalan Pengerusi, saya tidak ragu- ragu untuk memberi ‘promotion’ atau memberi peluang kepada wanita untuk menjawat jawatan tersebut terutama sekali berkenaan jawatan Bendahari Negeri yang saya sendiri meminta supaya jawatan itu diberikan kepada wanita yang mana tugas itu digalas begitu baik sekali,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa menasihat kepada wanita agar tidak risau kerana ruang dan peluang sentiasa terbuka untuk mereka menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Katanya, apa yang penting, apabila sudah bekerja mereka perlu tunjukkan keberkesan­an tugas yang telah diamanahka­n kepada mereka.

“Saya percaya wanita tidak kurang memainkan pernanan penting untuk membangunk­an negara dan negeri ini kerana mereka ini rajin, fokus dan komited untuk berkerja.

“Saya berharap agar wanita sentiasa terus maju, berdaya saing, progresif dan keratif,” katanya.

Pada masa yang sama, Musa juga menasihat wanita yang bekerja agar turut memainkan peranan penting sebagai isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak demi untuk memelihara keharmonia­n institusi keluarga.

Pelopor pertama Puspanita Sabah, Puan Sri Zainab Haji Aman, dari Beaufort telah dipilih penerima anugerah sebagai Tokoh Wanita Terbilang (Global) tahun ini dengan menerima RM10,000, trofi dan sijil.

Presiden Pewasa Keningau, Puan Nancy @ Mary Angian dari Keningau menerima Anugerah Khas dengan menerima RM5,000, trofi dan sijil.

Perkep polis Kontijen Sabah dipilih menerima Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang dan menerima RM5,000, trofi dan sijil.

Dr Hajah Ananglangk­a Mohd Kassim dari Sandakan dipilih Wanita Cemerlang dan menerima hadiah RM5,000, trofi dan sijil.

Datuk Alexandra Chin @ Fui Liu dari Kota Kinabalu dipilih sebagai Wanita Terbilang dan menerima hadiah RM10,000, trofi dan sijil.

Semua anugerah telah disampaika­n oleh Musa kepada para penerima.

Lebih 1,000 orang termasuk Datuk Hajah Faridah Haji Tu sin, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Radin Malleh, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Hajah Mariati Robert, Pegawai Daerah, Haji Yusop Haji Osman, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri, Ketua-Ketua Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutua­n hadir pada majlis itu.

 ??  ?? MUSA menyampaik­an Anugerah Tokoh Wanita Sabah 2016 kepada Zainab. Turut kelihatan Pairin (dua kanan), Jainab (empat kiri), Mariati (tiga kanan), Yusop (kiri) dan pemimpin-pemimpin wanita lain.
MUSA menyampaik­an Anugerah Tokoh Wanita Sabah 2016 kepada Zainab. Turut kelihatan Pairin (dua kanan), Jainab (empat kiri), Mariati (tiga kanan), Yusop (kiri) dan pemimpin-pemimpin wanita lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia