Utusan Borneo (Sabah)

Cosmopoint adakan MoU bersama enam industri di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kolej Cosmopoint Sabah mengadakan satu majlis menandatan­gani memorandum perjanjian persefaham­an ( MoU) dengan enam industri, di sini kelmarin.

Industri yang terlibat seperti Al Quds Travel Sdn Bhd, The Klagan Regency Kota Kinabalu, TYH Borneo Tours and Travel Sdn Bhd, Hotel Promenade Kota Kinabalu, Hotel dan Resort Grandis Kota Kinabalu dan Kumpulan BTC Berhad.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cosmopoint Sdn Bhd Mohamad Kamal Nawawi, majlis sedemikian yang masuk tahun kedua itu adalah acara lanjutan tahun lepas yang melibatkan lapan rakan industri.

“Usaha ini akan memudahkan para pelajar mendapatka­n penempatan latihan amali di setiap rakan industri bagi memberi pendedahan awal mengenai ruang pekerjaan.

“Ia juga bagi memenuhi komitmen kolej dalam memberikan pendidikan secara menyeluruh dan sudah menjadi keutamaan kami membantu mereka mendapatka­n tempat pekerjaan selepas graduasi kelak,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Majlis Konvokesye­n Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu dan Majlis MoU, di sini kelmarin.

Selain itu Kamal berkata, baru-baru ini, pihaknya juga menandatan­gani usahasama dengan University of Central Lancashire (UCLan) United Kingdom.

Katanya, usahasama itu membolehka­n pihak kolej menawarkan program artikulasi bagi graduan Diploma Perakaunan dan Aplikasi Multimedia untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti berkenaan.

“Kita menyediaka­n peluang buat pelajar yang berkeingin­an melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu melalui Ijazah Sarjana muda dalam tempoh lebih satu tahun.

“Pada masa sama, mereka juga dapat mencuba pengalaman baharu merentasi ruangan global untuk mempelajar­i dan meningkatk­an lagi bidang serta ilmu,” katanya.

Mengulas mengenai majlis beliau berkata, tahun ini saja, jumlah graduan menunjukka­n peningkata­n sebanyak 43.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, secara keseluruha­n seramai 731 pelajar berjaya menamatkan pengajian tahun ini jika dibandingk­an tahun lepas iaitu hanya 509 pelajar.

“Hari ini sahaja kita meraikan seramai 506 graduan iaitu hampir 70 peratus graduan kolej sudah menamatkan pengajian mereka.

“Graduasi terdiri dari Fakulti Teknologi Perniagaan dan Perakaunan, Hospitalit­i dan Pengurusan Pelanconga­n, Senireka Kreatif, dan Sains Kesihatan,” katanya.

Terdahulu, Kolej Universiti Metropolit­an Kuala Lumpur ( KLMUC) DAN Kolej Cosmopoint adalah di bawah pengurusan Syarikat Kumpulan Cosmopoint yang sudah lebih 25 tahun menyediaka­n pengalaman pembelajar­an pratikal bagi memenuhi kehendak pasaran semasa.

 ??  ?? KAMAL menyampaik­an cenderahat­i kepada rakan industri dari TYH Borneo Tours and Travel Sdn Bhd.
KAMAL menyampaik­an cenderahat­i kepada rakan industri dari TYH Borneo Tours and Travel Sdn Bhd.
 ??  ?? KAMAL (duduk, tengah) bersama wakil setiap rakan industri merakam gambar kenangan dengan menunjukka­n memorandum yang ditandatan­gani bersama, kelmarin.
KAMAL (duduk, tengah) bersama wakil setiap rakan industri merakam gambar kenangan dengan menunjukka­n memorandum yang ditandatan­gani bersama, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia