Utusan Borneo (Sabah)

JPBM Sabah komited pupuk masyarakat amal budaya cegah kebakaran

-

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah terus mempertegu­h iltizam untuk memberi pendidikan kepada umum dalam membentuk sebuah masyarakat yang mengamalka­n budaya mencegah kebakaran.

Pengarahny­a Nordin Pauzi berkata pendedahan awal berhubung keselamata­n kebakaran di kediaman dan premis dalam kalangan masyarakat penting bagi membolehka­n tindakan proaktif diambil untuk melindungi nyawa dan harta benda.

Beliau berkata pelbagai inisiatif dan aktiviti pendidikan dilaksanak­an JPBM di peringkat balai dan negeri di seluruh negara yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

“JPBM Sabah akan mengadakan aktiviti ceramah keselamata­n kebakaran bersamapem­impin masyarakat dan penduduk setempat di Dewan Undangan Negeri kawasanTan­jong Batu, Tawau meliputi cara penggunaan alat pemadam api, demonstras­i alat pemadam api dan Program Teman Pili Bomba.

“Selain itu, kita juga akan menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela dan Bomba Komuniti di kawasan tersebut,” katanya ketika mengunjung­i Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Datuk Hamisa Samat, yang juga wakil rakyat Tanjong Batu, di sini, semalam.

Hamisa menyambut baik program itu diadakan di Tawau yang akan memberi manfaat kepada masyarakat di situ.

Menurutnya, dua kebakaran besar telah berlaku di Tanjong Batu baru- baru ini iaitu di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut melibatkan kira-kira 20 buah rumah pada 29 Julai dan 50 buah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut Tengah pada 2 Ogos.

“Saya juga berharap melalui program ini masyarakat setempat dapat diberikan pendedahan serta informasi secara langsung bagaimana cara menyelamat­kan diri sendiri dan mengawal api daripada merebak.-Bernama

 ??  ?? HAMISA Samat (tiga kanan) dan Nordin Fauzi (dua kanan) bergambar kenangan selepas kunjungan ke pejabat beliau. Turut serta Zuraidah Latip (tiga dari kiri), Khairul Azuwan Ibrahim (kanan sekali), Jemris Olin (dua kiri) dan Mohd Affendy Ramin (kiri...
HAMISA Samat (tiga kanan) dan Nordin Fauzi (dua kanan) bergambar kenangan selepas kunjungan ke pejabat beliau. Turut serta Zuraidah Latip (tiga dari kiri), Khairul Azuwan Ibrahim (kanan sekali), Jemris Olin (dua kiri) dan Mohd Affendy Ramin (kiri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia