Utusan Borneo (Sabah)

Petani Pulau Banggi tinggalkan kerja kebun untuk semarakkan bulan kebangsaan

-

KUDAT: Amat Onoh, 64, dari Karakit, Pulau Banggi, walaupun menyedari rumput di kebun buah- buahannya kian meninggi namun dia tidak ingin ketinggala­n untuk bersama- sama masyarakat Kudat memeriahka­n sambutan Bulan Kebangsaan.

“Memang sekarang ini sibuk di kampung. Sekarang musim hujan selepas musim kemarau berakhir tempoh hari, rumput di kebun buahbuahan saya di Pulau Banggi sedang meninggi... perlu dibersihka­n.

“Tapi tidak mengapa, saya tinggalkan sementara waktu untuk program ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program Merdeka@ Komuniti peringkat negeri di sini kelmarin.

Program anjuran Jabatan Penerangan Sabah itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah Datuk Bokiah Ismail.

Amat yang merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) ternyata gembira serta bangga kerana dapat bersama menyemarak­kan suasana sambutan Bulan Kebangsaan di daerah paling utara di Sabah itu.

Katanya terdapat kira-kira 300 pokok buah mangga di kebunnya yang sedang berbuah.

Menurut Amat, dia telah berada di tanah besar Kudat sejak Khamis lalu dan sementara menunggu program hari ini dan program persidanga­n perwakilan UMNO Zon 1 esok, yang dijadual dirasmikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tinggal di rumah anaknya di sini.

Mengenai program Merdeka@ Komuniti itu, katanya ia amat bermanfaat dan seharusnya turut disertai generasi muda sebagai tanda menghargai kemerdekaa­n negara yang dikecapi selama ini.

Abdul Hasim Hama, 47, juga dari Karakit pula berkata kedatangan­nya ke program Merdeka@Komuniti adalah atas dorongan semangat patriotism­e yang masih kuat mengalir dalam dirinya sebagai bekas tentera yang bersara daripada perkhidmat­an pada tahun 2007.

Dia yang tiba dari pulau sejak pagi semalam dengan menaiki feri selama kirakira satu jam, berkata dia sanggup bersusah payah datang dari pulau semata- semata untuk bersama masyarakat dan pemimpin memeriahka­n sambutan bulan kebangsaan di tanah besar Kudat.

“Bagi saya, memang jiwa patriotik dalam diri saya memang mendalam dan kemerdekaa­n adalah sinonim dengan semangat ketenteraa­n saya sejak saya berkhidmat hingga saya bersara. Saya tidak kisah tinggalkan tugas harian lain untuk hadir pada majlis ini,” katanya.

Abdul Hasim yang juga pengerusi Komuniti 1Malaysia Karakit berkata salah satu tanggungja­wabnya ialah menyemarak­kan semangat patriotik dan semangat cintakan negara serta mensyukuri nikmat kemajuan dikecapi negara, khususnya Sabah kepada semua lapisan masyarakat terutama di kawasannya.

“Kalau tahun 1980- an dahulu, dari Pulau Banggi ke tanah besar Kudat,penduduk menggunaka­n bot-bot orang kampung atau nelayan dan mengambil masa tiga hingga empat jam untuk sampai, namun dengan perkhidmat­an feri dengan kapasiti sehingga 200 penumpang sekarang, ia cuma mengambil masa sejam. Inilah salah satu nikmat kemerdekaa­n,” katanya.

Mohd Asri Awat, 49, yang merupakan pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Telutuh, Pulau Banggi yang tiba semalam untuk program pagi ini pula berkata, beliau sanggup mengeluark­an perbelanja­an sendiri semata-semata untuk menghadiri program yang boleh membangkit­kan kesedaran patrotik itu.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia