Utusan Borneo (Sabah)

Minggu kualiti, Inovasi dan Bulan Kebangsaan KVK disambut meriah

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Minggu Kualiti, Inovasi, KV Skills dan Sambutan Bulan Kebangsaan Kolej Vokasional Keningau (KVK) yang diadakan di dewan kolej itu disambut meriah.

Program yang diadakan selama dua minggu itu telah dirasmikan oleh Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara Teo Guan Leck.

Dalam ucapannya beliau berkata, kualiti adalah sesuatu yang sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

“Kualiti kita baik untuk hari ini dan mungkin esok akan berubah. Demikian juga inovasi yang sentiasa mengalami perubahan dan meningkat yang lebih baik lagi, “katanya.

Katanya, sesuatu yang berlaku hari ini adalah normal pada masa ini dan tidak lagi pada masa akan datang.

Menurut beliau inovasi perlu dibuat untuk perkara-perkara yang boleh mendatangk­an kebaikan.

“Kita sentiasa bersedia membuat inovasi dan sentiasa pula bersedia berubah ke arah yang lebih baik. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok,” katanya.

Teo berkata, pelajar bukan sahaja perlu bersedia menghadapi hari ini tetapi juga perlu bijak meramal apa yang akan berlaku kemudian.

Beliau melihat hari esok adalah yang penuh dengan cabaran.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengarah KVK Johari Jaibet Sabin memberitah­u bahawa, terdapat 23 program yang laksanakan sempena Minggu Kualiti yang diadakan selama dua minggu termasukla­h reka cipta, KV Ken Skills, Perkongsia­n Alumni dan lainlain lagi.

Menurut beliau, program ini diadakan bertujuan mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam menghasilk­an inovasi dan kemahiran dalam diri mereka sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan kelak.

Selain itu katanya, memupuk semangat kerjasama dan bersatu hati semua warga KV Keningau dalam melaksanak­an tugas dan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran keusahawan­an melalui aktiviti dan seminar yang dianjurkan.

“Membentuk peribadi pelajar yang kukuh jati diri dan spiritual mereka di samping menimbulka­n kesedaran tentang kepentinga­n merancang masa depan serta membentuk nilai cinta akan negara dan mempunyai semangat kekitaan dalam membentuk perpaduan dalam masyarakat,” katanya.

Johari berkata, hasil kajian pengesanan yang dilakukan oleh kaunselor 15 KV Rintis yang mana 66% daripada 2,273 orang pelajar pertama telah pun mendapat pekerjaan, iaitu seramai 1,513 orang.

Katanya, hal ini menunjukka­n bahawa pelajar KV ini mempunyai kebolehan mendapatka­n pekerjaan yang tinggi hasil kemahiran yang mereka miliki.

“Pelajar KVK pula akan keluar untuk menjalani OJT pada bulan Disember hingga April 2017.

“Kita mengharapk­an pelajar sulung keluaran kita ini melakukan OJT dengan bersungguh- sungguh agar OJT ini menjadi landasan dan pembuktian kemahiran sebagai kemenjadia­n pelajar dalam alam pekerjaan kelak,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada Yayasan Sabah yang memberikan sumbangan bagi memastikan program Minggu Kualiti yang dijalankan selama dua minggu ini berjalan lancar.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarah Akademik KVK Puan Noorhayati Hashim @ Harun, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KVK Mark Medi, Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Victor Petrus Gansau, Penolong Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Suwandy Sundu, ketua-ketua jabatan, ketuaketua program, ketua-ketua unit, para pensyarah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan para pelajar.

 ??  ?? TEO (lima kanan) dan Johari (lima kiri) bergambar bersama-sama dengan para pensyarah KVK dan pegawai-pegawai Yayasan Sabah selepas program itu.
TEO (lima kanan) dan Johari (lima kiri) bergambar bersama-sama dengan para pensyarah KVK dan pegawai-pegawai Yayasan Sabah selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia