Utusan Borneo (Sabah)

Negara perlu tenaga kerja mahir Anak muda tempatan disarankan sertai ILJTM

- Oleh YAP SIONG HAN

SEPANGGAR: Anak-anak tempatan Sabah dan Labuan disaran untuk menyertai latihan kemahiran di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) memandangk­an negara kini memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai sektor industri.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Seri Adenan Rahman berkata, pada masa kini terdapat 21 jenis kursus yang ditawarkan di ILJTM di Institut Latihan Perindustr­ian ( ILP) Kota Kinabalu, ILP Sandakan dan ILP Labuan.

“Saya menyeru agar para graduan dan ibubapa dapat turut sama membantu mempromosi­kan latihan kemahiran ini kepada sahabat dan saudara mara agar lebih ramai anak-anak muda dapat memanfaatk­an peluang kemahiran yang ada.

“Ketiga-tiga ILP yang ada di negeri ini turut menjalinka­n kerjasama dengan beberapa organisasi seperti TNB Integrated Learning Solution, Telekom Malaysia, Labuan Oil and Gas Academy Sdn Bhd dan banyak lagi,” katanya ketika merasmikan majlis konvokesye­n ILJTM Wilayah Timur (Zon Sabah dan Labuan) kali ke-12 2016, di sini kelmarin.

Beliau berkata, komitmen yang dilakukan Jabatan Tenaga Manusia ( JTM) untuk sentiasa mencari peluang serta mewujudkan hubungan kerjasama rapat dengan pihak industri adalah selari dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan pekerja mahir.

Katanya, Malaysia masih lagi ketinggala­n dalam menghasilk­an tenaga kerja mahir iaitu hanya pada kadar 28 peratus sahaja.

“Kerajaan berhasrat untuk meningkatk­an tenaga mahir sehingga mencapai 35 peratus menjelang tahun 2020 bagi menyokong dan memacu pertumbuha­n ekonomi ke arah negara berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JTM Datuk Chin Phaik Yoong berkata, para lepasan ILJTM perlu sentiasa mengamalka­n sikap profession­alisme yang tinggi di tempat kerja dan menitikber­atkan hasil kerja bermutu tinggi.

Katanya, para graduan perlu memberikan komitmen tinggi terhadap kerja dan tunjukkan kreativiti dan inovasi dalam segala urusan.

“JTM mempunyai peranan yang penting dalam usaha melatih anak- anak muda dengan ilmu serta kemahiran yang berguna dan mencungkil potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang berkualiti,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 148 pelajar berjaya menamatkan latihan daripada pelbagai kursus yang diambil.

 ??  ?? ADENAN (kanan) menyerahka­n sijil tamat latihan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Chin (tengah).
ADENAN (kanan) menyerahka­n sijil tamat latihan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Chin (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia