Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai kanan DBKL yang direman bagi bantu siasatan kes rasuah dibebaskan

-

PUTRAJAYA: Pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) bergelar ‘Datuk Seri’ yang sebelum ini direman 12 hari oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, dibebaskan kelmarin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarka­n lelaki berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM300,000 selepas tempoh remannya itu berakhir kelmarin.

Lelaki itu sebelum ini ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos lepas dan kemudianny­a disambung reman selama lima hari lagi sehingga kelmarin.

Reman lelaki itu disambung selepas SPRM mengemukak­an permohonan kepada mahkamah untuk melakukan beberapa lagi siri penggeleda­han, merakam kenyataan kontraktor yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek selain mendapatka­n dokumendok­umen penting berhubung kes berkenaan.

Pegawai itu ditahan pada 3.07 petang, 15 Ogos lepas di pejabatnya di bangunan DBKL, Kuala Lumpur.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)( b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Di bawah Akta SPRM 2009, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi.

Bagi Akta Pengubahan Wang Haram pula, pelaku berdepan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? RAPTAI: Skuad Unit Gerak Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan demonstras­i ketika menjalani raptai hari pertama acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka kelmarin. Raptai tersebut bermula 6.30 pagi melibatkan...
GambarBern­ama RAPTAI: Skuad Unit Gerak Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan demonstras­i ketika menjalani raptai hari pertama acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka kelmarin. Raptai tersebut bermula 6.30 pagi melibatkan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia