Utusan Borneo (Sabah)

Diseret ke dalam hutan

Thor Keat tetap enggan menyertai perjuangan komunis

-

BALING: “Sewaktu itu saya berpegang pada prinsip walau saya mati sekalipun saya tidak akan menyertai komunis kerana mereka sangat kejam,” kata Ooi Thor Keat.

Walaupun pernah diheret ke dalam hutan dan diburu oleh anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dirinya tetap enggan menyertai perjuangan PKM dan menjadi pengganas komunis, kata bekas anggota polis pada zaman darurat itu.

Ooi, 85, berkata kekejaman komunis yang tidak mengira siapa itu membuatkan dia begitu benci dan akhirnya memilih untuk menjadi polis pada tahun 1949.

Mengenang kembali peristiwa itu, katanya dia juga pernah terpaksa melarikan diri sehingga ke Pulau Pinang dan bekerja di sebuah kedai kopi semata- mata kerana tidak mahu menyertai unit gerila yang ditubuhkan PKM.

Sep an j ang perkhidmat­annya, beliau pernah terlibat dalam pertempura­n dengan pengganas komunis termasuk peristiwa serang hendap pada 10 Mei 1950 di kawasan hutan Kroh, Perak (kini dikenali sebagai Pengkalan Hulu) yang mengorbank­an 19 anggota pasukan keselamata­n.

“Begitu menyedihka­n dan ngeri apabila saya melihat rakan- rakan saya mati ditembak di hadapan saya sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Anak kelahiran Baling itu justeru menasihatk­an generasi muda agar lebih menghayati pengorbana­n wira-wira negara suatu masa dahulu yang sanggup berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi tanah air tercinta.

“Saya berharap generasi muda masa kini sanggup berkhidmat dalam pasukan keselamata­n demi menjaga maruah negara daripada dicerobohi musuh,” katanya.

Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Ke-59 pada 31 Ogos ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia