Utusan Borneo (Sabah)

Sering kritik pemimpin

Bekas pemimpin negara seorang kaki gaduh

-

CAMERON HIGHLANDS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatka­n seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.

Presiden Umno itu berkata ini kerana pemimpin itu sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.

“Ada pihak yang mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini, saya dan Menteri Besar (Pahang) Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia (pemimpin itu) selama 22 tahun.

“Kita pertahanka­n dia, tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkan­g. Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh.

“Pertama dengan (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra AlHaj) (dikatanya) tak betul, ( perdana menteri ketiga) Tun Hussein Onn tak betul, ( bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam tak betul, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga tidak betul,” katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands, di sini kelmarin.

Najib turut menarik perhatian apabila mencabar mana- mana pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno termasuk dirinya supaya bertanding dan mencabar beliau selaku presiden dalam pemilihan parti akan datang.

“Kalau hendak jatuhkan saya bertanding­lah dalam Umno tapi jangan runtuhkan Umno,” katanya ambil disahut tepukan gemuruh.

Malah, Najib secara sinis berkata jika beliau mempunyai hasrat menjadi perdana menteri dan presiden Umno untuk tempoh 22 tahun lagi, perlembaga­an parti sebelum ini boleh dipakai.

“Kalau mengikut perlembaga­an dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 Bahagian Umno, ingat senang nak dapat, satu pun susah.

“Tetapi bila saya jadi presiden Umno dan perdana menteri saya ambil langkah pindah perlembaga­an dan serahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih,” katanya.

Selain itu, Najib meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaru­h dengan sebarang laporan berita oleh pihak asing termasuk Wall Street

Journal (WSJ) kerana ia tidak akan membawa kebaikan.

“Apa yang penting adalah apa yang kerajaan beri kepada rakyat, bantu keluarga kita, ada pekerjaan atau sebaliknya, semua ini bukan WSJ yang tentu dan berikan.

“Usah ambil kisah sangat cerita daripada pihak luar, tetapi apa yang penting adalah kita mampu pertahanka­n kemerdekaa­n dan kedaulatan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri mengulangi kenyataan bahawa keputusan beliau memperkena­lkan Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2016 dibuat demi keselamata­n rakyat dan negara.

“Bila saya jadi perdana menteri saya mansuhkan Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) saya dikutuk kata tak patut, dan bila saya wujudkan Akta MKN saya dikata nak jadi diktator kononnya rampas kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak akan memohon maaf untuk tindakan yang saya ambil demi keselamata­n negara kerana kalau ada ancaman, ada yang mati, mayat bergelimpa­ngan apakah maknanya? Keamanan negara boleh berubah sekelip mata sahaja,” katanya. - Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB disambut meriah oleh orang ramai ketika hadir pada majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, kelmarin.
-Gambar Bernama NAJIB disambut meriah oleh orang ramai ketika hadir pada majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, kelmarin.
 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB yang juga Presiden Umno merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, kelmarin.Turut hadir Ketua Umno Bahagian Cameron Highlands Datuk Seri Wan Rusdy Wan Ismail (kanan).
-Gambar Bernama NAJIB yang juga Presiden Umno merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, kelmarin.Turut hadir Ketua Umno Bahagian Cameron Highlands Datuk Seri Wan Rusdy Wan Ismail (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia