Utusan Borneo (Sabah)

Raptai hari pertama acara perbarisan, perarakan Hari Kebangsaan 2016 lancar

-

KUALA LUMPUR: Raptai bagi hari pertama untuk acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka kelmarin berjalan lancar.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Othman Mahmood berkata raptai yang bermula seawal 6.30 pagi itu disertai 15,000 peserta daripada pelbagai lapisan umur dan agensi.

“Hari ini hari pertama dan kita ada dua kali lagi. Pada 29 Ogos ini kita akan adakan raptai penuh sehingga mencapai 100 peratus tahap kepuasan.

“Masih ada banyak perkara perlu diperbaiki seperti persembaha­n dan aspek teknikal termasuk pemasangan kerusi penonton dan skrin LED,” katanya ketika ditemui Bernama selepas raptai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai hari pertama raptai itu, Othman berkata pihaknya akan memastikan sebarang kekurangan daripada pelbagai aspek akan dapat dipenuhi sebelum raptai penuh dijalankan.

Mengenai jumlah sasaran pengunjung, Othman berkata pihaknya menyasarka­n penyertaan antara 400,000 sehingga 500,000 pengunjung tahun ini bagi memeriahka­n sambutan tahunan itu.

“Tahun lepas 200,000 hadir. Saya harap ia meningkat kerana kita ada sedikit kelainan persembaha­n iaitu daripada Polis Diraja Malaysia ( PDRM) yang akan membuat persembaha­n istimewa mengenai keselamata­n di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad,” katanya.

Beliau berkata pengunjung adalah dialu-alukan hadir pada 31 Ogos ini bagi memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 dengan memakai pakaian berkonsepk­an warna Jalur Gemilang iaitu merah, putih dan biru.

Terdapat 10 jenis segmen persembaha­n dan perarakan iaitu kenegaraan, perkhidmat­an awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteram­an awam, keselamata­n negara, pertunjuka­n udara, dan segmen rakyat bersepadu.

Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ dikekalkan untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ini bukan perkara mudah untuk selaraskan 15,000 peserta dari pelbagai agensi dan umur. Apa yang penting perlu ada persefaham­an dan kerjasama,” kata Othman.Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PESERTA-peserta menjalani raptai hari pertama acara perbarian dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, kelmarin. Raptai berkenaan bermula 6.30 pagi melibatkan 15,000 peserta daripada pelbagai lapisan umur dan agensi.
-Gambar Bernama PESERTA-peserta menjalani raptai hari pertama acara perbarian dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, kelmarin. Raptai berkenaan bermula 6.30 pagi melibatkan 15,000 peserta daripada pelbagai lapisan umur dan agensi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia