Utusan Borneo (Sabah)

TH wujud KPI tambah baik pengurusan jemaah haji: Pengerusi TH

-

ALOR SETAR: Tabung Haji (TH) akan mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama ( KPI) kepada petugasnya bermula tahun hadapan dalam usaha menambah baik sistem pengurusan jemaah haji, kata Pengerusin­ya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata KPI itu adalah bagi melihat setiap penambahba­ikan melibatkan jemaah haji negara ini dilakukan dengan baik demi keselesaan jemaah haji sepanjang mengerjaka­n rukun Islam kelima itu.

“Tahun ini kita telah mengurangk­an tempoh masa jemaah haji di lapangan terbang Jeddah, lebih dari lima jam kepada tiga jam di mana TH telah sediakan biometrik jemaah haji lebih awal.

“Ini merupakan salah satu contoh dan TH dari masa ke masa akan menambah baik pelbagai perkara bagi melancarka­n urusan jemaah haji sepanjang musim haji tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Mengucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Kedah di TH Hotel& Convention Centre di sini, Jumaat malam.

Perasmian majlis tersebut disempurna­kan oleh Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah.

Abdul Azeez berkata pihaknya turut mengambil kira masa perjalanan bas oleh jemaah dari Jeddah ke Makkah serta masa yang diambil untuk memperbaik­i bas yang rosak.

Beliau berkata sekiranya ada bas yang rosak dan mengambil masa terlalu lama untuk diperbaiki, pihaknya akan menggantik­an bas lain bagi membolehka­n jemaah meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

“Cuaca yang terlalu panas dijangka akan menyebabka­n berlaku kerosakan terutamany­a pada pendingin hawa dan tayar bas. Kita telah sediakan petugas yang mahir untuk menyelesai­kan masalah tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Azeez turut menasihati jemaah haji agar mengurangk­an aktiviti luar dan banyak minum air bagi mengelak berlakunya strok haba ekoran suhu di Makkah kini mencecah sehingga 51 darjah celsius.

Jelas beliau, jemaah perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh petugas TH bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap baik sepanjang melaksanak­an ibadah haji.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia