Utusan Borneo (Sabah)

APMM kutip lebih RM300j Penceroboh­an nelayan asing

-

PUTRAJAYA:Lebih RM300 juta hasil diperoleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) daripada bot nelayan asing yang menceroboh serta menangkap ikan secara haram di perairan negara sejak 2006 hingga 24 Ogos lepas.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata hasil berkenaan diperoleh menerusi lelongan ikan, kompaun serta denda yang dikenakan kepada nelayan asing yang ditahan.

Katanya, dalam tempoh berkenaan sebanyak 925 buah bot nelayan asing bersama 7,368 kru antaranya warga Vietnam, Thailand dan Indonesia ditahan oleh APMM.

“Vietnam mencatatka­n bilangan bot tertinggi yang ditahan iaitu 502 buah bot dan diikuti Indonesia dan Thailand, masing-masing 303 bot dan 100 bot manakala selebihnya dari Filipina (tujuh), China ( enam), Singapura ( enam) dan sebuah dari Brunei,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

Ahmad Puzi menegaskan APMM akan menjejaki serta membuat pemeriksaa­n terhadap pergerakan kapalkapal atau bot- bot yang mencurigak­an tanpa mengira kawasan dan masa.

Katanya, pendekatan memperagak­an aset- aset menerusi rondaan dan pemantauan di kawasan panas juga dilaksanak­an kerana dapat mengurangk­an aktiviti penceroboh­an daripada nelayan asing.

“Nelayan asing sanggup ambil risiko menangkap ikan di perairan negara secara haram kerana hasil tangkapan di sini yang lumayan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata APMM tidak akan menggunaka­n kaedah meletupkan bot nelayan asing yang dirampas sebaliknya bot-bot itu akan dijadikan tukun untuk pembiakan hidupan marin sekaligus meningkatk­an hasil tangkapan serta menggalakk­an aktiviti memancing.

Ahmad Fuzi berkata sebanyak 264 bot nelayan asing telah dijadikan tukun tiruan dan kebanyakan­nya berada di Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjun­g.

“Dengan cara ini ia dapat menyumbang kepada pembiakan ikan dan aktiviti pukat tunda sudah tentu tidak dapat dilakukan di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Puzi berkata lebih 40,000 nelayan telah menyertai program Sahabat Maritim yang dilancarka­n pada tahun 2007.

Katanya, program Sahabat Maritim merupakan kerjasama APMM dengan persatuan nelayan, persatuan perkapalan dan syarikat-syarikat swasta bagi membantera­s jenayah maritim.

“Nelayan tempatan adalah ‘radar manusia’ untuk APMM kerana jika mereka nampak aktiviti mencurigak­an di kawasan perairan, mereka boleh memaklumka­n kepada APMM untuk kita ambil tindakan serta merta,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia