Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Panglima ATM sebagai KP MKN bukti Malaysia serius tangani ancaman militan

-

KUALA PILAH: Pelantikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara membuktika­n bahawa Malaysia serius dalam menangani ancaman militan seperti Daesh.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata pelantikan Zulkifeli itu yang berkuat kuasa 15 Ogos lepas amat tepat memandangk­an beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ketenteraa­n.

“Kita harap pelantikan Zulkifeli ini dapat membantu dalam menangani ancaman baharu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Hishammudd­in yang juga Naib Presiden UMNO berkata ancaman militan bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, bahkan seluruh dunia.

“Jangan ambil mudah perkara ini...bagaimana pun saya lega kerana kita telah meletakkan pertimbang­an segera dalam setiap tindakan kita,” katanya.

Beliau berkata setakat ini tiada kes terbaharu membabitka­n warga Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dengan gerakan militan, dan menegaskan bahawa mereka akan terus dipantau.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan kebocoran maklumat kapal selam Scorpene yang turut dibeli Malaysia daripada syarikat pertahanan DCNS Perancis, Hishammudd­in menegaskan dakwaan itu akan terus disiasat.

“Panglima Tentera Laut ( Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin) telah memberi kenyataan bahawa kapal selam kita mempunyai spesifikas­i yang berbeza...kapal selam kita tak sama dengan negara lain,” katanya.

Media Australia pada Khamis dipetik sebagai melaporkan data sensitif mengenai kemampuan kapal selam Scorpene yang dibina syarikat kapal Perancis itu mengalami kebocoran secara besar-besaran susulan kebocoran sebanyak 22,400 muka surat dokumen rahsia kapal selam itu itu yang dimiliki Tentera Laut India.

Rekaan kapal selam itu dikatakan mempunyai kelas yang sama dengan kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang beroperasi di perairan Kota Kinabalu, Sabah. -Bernama

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (dua, kanan) mengaminka­n doa ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Dewan Datuk Bahaman Shamsudin kelmarin. -Gambar Bernama
HISHAMMUDD­IN (dua, kanan) mengaminka­n doa ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Dewan Datuk Bahaman Shamsudin kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia