Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas dikhuatiri lemas, bot karam

-

GEORGE TOWN: Seorang pekerja kuari berusia 60-an dikhuatiri lemas apabila bot yang membawanya dan enam pekerja lain karam berhampira­n Pantai Utara, di sini malam Jumaat lepas.

Insiden kira- kira pukul 7 malam di belakang pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) di Jalan Sultan Ahmad Shah itu berlaku apabila bot yang membawa pekerja untuk melakukan kerja mengukur di projek tambakan tanah di situ, terbalik selepas dipukul ombak kuat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Nazari Mustapha berkata anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) masih menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat.

“Kami harap dapat mencari mangsa sebelum tengah malam. Jika tidak, ia akan bergantung kepada keputusan polis sama ada untuk meneruskan oeprasi itu atau tidak,” katanya di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan daripada seorang pegawai SPRM dan apabila tiba di lokasi, mereka hanya dapat menyelamat­kan seorang pekerja Indonesia kira-kira 80 meter dari pantai.

“Baki lima mangsa diselamatk­an seorang nelayan kira- kira 500m dari pantai dipercayai berhampira­n bot ketika ia terbalik,” katanya.

Seorang mangsa, Hamdan Osman, 35, yang berasal dari Acheh, berkata beliau dan rakannya meninggalk­an Pantai Jerjak untuk memulakan tugas pada pukul 6 petang dan ombak yang kuat menyebabka­n bot itu hilang imbangan.

“Ini kali pertama saya bekerja di atas bot kerana sebelum ini saya bekerja sebagai pemandu lori selama setahun,” katanya.

Hamdan bersama enam pekerja lain, empat berasal dari Acheh dan tiga rakyat tempatan, berada di atas bot itu.

Kesemua mangsa berumur antara 26 dan 60 tahun dan sehingga berita ini ditulis, misi mencari dan menyelamat masih dijalankan. -Bernama

 ??  ?? DEMONSTRAS­I: Skuad Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan demonstras­i ketika menjalani raptai hari pertama acara perbarian dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdekakel­marin.Raptaiters­ebut bermula 6.30 pagi melibatkan 15,000 peserta daripada pelbagai lapisan umur dan agensi. -Gambar Bernama
DEMONSTRAS­I: Skuad Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan demonstras­i ketika menjalani raptai hari pertama acara perbarian dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdekakel­marin.Raptaiters­ebut bermula 6.30 pagi melibatkan 15,000 peserta daripada pelbagai lapisan umur dan agensi. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia