Utusan Borneo (Sabah)

Klinik bergerak penuhi keperluan zon terpencil

-

KEHADIRAN Klinik Pasukan Bergerak sama ada menerusi laluan darat mahupun laluan air ke kawasan-kawasan pedalaman yang diduduki oleh Masyarakat Orang Asli di sekitar negeri Perak adalah satu perkhidmat­an bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP).

Sungguhpun menghadapi kesukaran terutamany­a dari segi perhubunga­n dan pengangkut­an, tetapi kerana tanggungja­wab terhadap keperluan kesihatan masyarakat, pihak JKNP tetap memastikan lawatan dua kali sebulan ke kawasan pedalaman yang diduduki masyarakat Orang Asli terutamany­a di Pos Poi, Sungai Siput, Pos Kemar, Kampung Sungai Kejar, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Aman Damai di sekitar kawasan Tasik Temenggor berjalan lancar.

Perkampung­an Orang Asli di Pos Poi, Sungai Siput misalnya memerlukan hampir tiga jam untuk tiba di perkampung­an itu kerana kedudukann­ya di tengah hutan belantara.

Ia hanya boleh dilalui menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dari Pekan Sungai Siput.

Ada kalanya perjalanan mereka terhenti beberapa jam kerana tersangkut di dalam selut tanah merah di tengahteng­ah hutan.

Begitu juga dengan penduduk Pos Kemar yang menggunaka­n laluan air ke Jeti Tasik Banding untuk sampai ke Pekan Gerik atau lima jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda dari Pekan Sungai Siput.

Manakala beberapa Perkampung­an Orang Asli di sekitar Tasik Temenggor iaitu Perkampung­an Orang Asli Sungai Kejar, Perkampung­an Orang Asli Sungai Tiang dan Perkampung­an Orang Asli Aman Damai pula hanya boleh dilalui menggunaka­n laluan air.

Begitulah rutin bulanan pasukan klinik bergerak di atas bot meredah kawasan Tasik Temenggor yang berukuran 70 kilometer panjang dan seluas 18,000 hektar.

Masalah logistik seperti ini menyukarka­n pasukan kesihatan untuk membuat lawatan yang lebih kerap bagi menyampaik­an pendidikan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli.

Ia berkait rapat dengan perhubunga­n seperti jalan dan kenderaan yang boleh digunakan untuk sampai ke sana.

Jarak yang jauh dengan kemudahan telekomuni­kasi yang terhad turut menyukarka­n penduduk di kampung-kampung berkenaan mendapat bantuan segera jika berlaku sebarang kecemasan.

Bagaimanap­un, kewujudan Klinik Kesihatan seperti yang ada di Pos Kemar yang dibuka untuk rawatan pesakit luar telah banyak membantu.

Klinik tersebut memberikan rawatan 24 jam kepada masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut yang jumlahnya hampir mencecah empat ribu orang.

Manakala di beberapa kawasan lain, terdapat tiga Pasukan Bergerak Orang Asli bagi tiga pembahagia­n kawasan iaitu di RPS Banun Air, RPS Banun Darat dan RPS Dala.

RPS Banun Air merangkumi perkampung­an sekitar Tasik Temenggor, RPS Banun Darat pula merangkumi perkampung­an sekitar Jalanraya TimurBarat, manakala RPS Dala perkhidmat­annya merangkumi perkampung­an di pedalaman Mukim Kenering.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie setiap pasukan berkenaan turut disertai seorang Pegawai Perubatan. Pasukan bergerak itu akan membuat lawatan dan menyampaik­an perkhidmat­an kesihatan dua kali sebulan ke semua perkampung­an Orang Asli dalam kawasan pantauan mereka.

“Rawatan yang diberikan termasuk rawatan kesihatan ibu antenatal, kanak-kanak dan kes-kes Jabatan Pesakit Luar. Dan semua petugas yang terlibat adalah dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak,” jelas beliau kepada Bernama.

Menurut Dr Juita, oleh kerana situasi jarak perjalanan yang jauh dan sukar dari segi perhubunga­n, secara umumnya kementeria­n menempatka­n Klinik Kesihatan di penempatan Orang Asli.

Klinik Desa, menyediaka­n Perkhidmat­an Klinik Pasukan Bergerak Orang Asli sebanyak 19 pasukan.

Kementeria­n turut mengadakan program Community Feeding untuk anak Orang Asli yang kekurangan zat di tiga daerah iaitu di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Batang Padang serta mewujudkan Pasukan Doktor Udara (PDU) di Kuala Kangsar.

Menurutnya lagi bagi memudahkan urusan penginapan jika pesakit terpaksa dibawa ke hospital, seorang penjaga atau pengiring yang terdiri daripada ahli keluarga pesakit akan ditempatka­n di pusat transit.

“Terdapat enam buah pusat transit di Perak yang disediakan di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” jelas beliau. Bagaimanap­un, kehidupan Orang Asli di Perak tidaklah begitu ketinggala­n dari segi pembanguna­n. Perkampung­an Orang Asli RPS Pos Kemar misalnya turut menikmati kemudahan pendidikan, kesihatan, elektrik dan air bersih dengan adanya Klinik Kesihatan Desa, Sekolah Rendah dan Menengah serta Stesen Solar Hibrid oleh TNB.

Ia penempatan terbesar masyarakat Orang Asli di Perak dengan jumlah penduduk hampir 4,000 orang dan 600 buah rumah, manakala perkampung­an Orang Asli Aman Damai pula kira-kira satu jam perjalanan menaiki bot dari Jeti Pos

Kemar. -Bernama

 ??  ??
 ??  ?? MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m (tengah) menurunkan tandatanga­n pada plak ketika merasmikan Klinik Desa Ulu Kenas, Manong pada Julai lalu. Klinik Desa Ulu Kenas klinik desa ke-25 yang memberi perkhidmat­an kepada penduduk Kuala Kangsar dengan kos pembinaan RM2.6 juta. — Gambar Bernama
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m (tengah) menurunkan tandatanga­n pada plak ketika merasmikan Klinik Desa Ulu Kenas, Manong pada Julai lalu. Klinik Desa Ulu Kenas klinik desa ke-25 yang memberi perkhidmat­an kepada penduduk Kuala Kangsar dengan kos pembinaan RM2.6 juta. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia