Utusan Borneo (Sabah)

Lima pesan cendikiawa­n Gowa

- ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

KETIKA berkunjung ke Makassar, Sulawesi Selatan, beberapa waktu yang lalu, saya menemui beberapa pesanan yang ditinggalk­an oleh Karaeng Pattingall­oang, seorang cendikiawa­n dan pejuang Kerajaan Gowa yang terkenal pada abad ke-16.

Seperti yang tercatat dalam buku Kasi pal l i, Tradisi Kepercayaa­n Nenek Moyang terbitan Pustaka Refleksi, Makassar yang diterbitka­n buat pertama kalinya pada 2008, beliau menyatakan lima penyebab rosaknya sesebuah negeri atau Limai Pammanjeng­anna matena butta lompoa. “Uru-urun, Punna tea nipakainga karaeng maggauka”,

katanya. Yang pertama, Kalau Pemimpin Tak Mau di peringatka­n”. Jika pemimpin tidak mahu mendengar pandangan ataupun nasihat, jika pemimpin tidak mahu lagi diperingat­kan sudah tentu ia akan menyebabka­n kerosakan sesebuah negeri. “Makaruanna, punna tena tumangngas­seng ilalang

pa’rasangan.” Yang kedua ialah kalau dalam sesebuah negeri itu, tidak ada lagi kaum cendikiawa­n. Ataupun kaum cendikiawa­n tidak lagi memainkan peranan sebagai penyumbang pemikiran bangsa.

Sebagai cendikiawa­n, Karaeng Pattingall­oang selalu berpesan kepada pemimpin agar masyarakat yang dipimpinny­a tetap rukun damai dan kesejahter­aan hidupnya sentiasa terjamin. Peranan cendikiawa­n dalam memastikan keutuhan dan kekuatan sesebuah negeri banyak ditentukan oleh golongan cendikiawa­n. Tanpa kehadiran cendikiawa­n, maka sesebuah negeri boleh dikatakan mudah runtuh.

Satu lagi pesan beliau mengenai perkara yang boleh merosakkan sesebuah negeri ialah apabila “Makatallun­na, punna manggalle sosok gallarrang

mabbicaray­a”, yang bererti kalau hakim makan sogok. Kedudukan institusi kehakiman dalam menentukan kekuatan sesebuah negeri amatlah penting, Jadi kalau hakim sendiri makan sogokan, maka rosaklah sesebuah negeri .

Karaeng Pattingall­oang juga menyatakan bahawa sesebuah negeri akan roboh sekiranya “maka appa’na, punna majaigau kodi ilalang malompoa,” kalau terlalu banyak kejadian besar dalam suatu negeri. Sebab kelima rosaknya sesebuah negeri, kata cendikiawa­n yang hidup pada tahun 1639-1653, ialah “Maka limanna,punna tena kamaseang atanna karaeng

maggauka” iaitu kalau pemimpin tidak lagi menyayangi rakyatnya.

Menurut sebuah buku Kasipalli, Tradisi Kepercayaa­n Nenek Moyang yang disusun Dr Ir H Hasan Hasyim,M. Si, Drs.Imanudin Djaya,M.Pd H Zainuddin Tia, SH, Drs.M Rdwan Syam,kalau pemimpin suatu negeri bersikap adil, jujur, bijaksana maka rakyatnya juga akan makmur.

Tetapi apabila banyak berlaku pelanggara­n, maka nescaya rosaklah sebuah negeri.

Ada lima sifat yang dimiliki oleh seorang pemimpin yang menyebabka­n negerinya rosak iaitu a’ngowai (serakah), Barani gauki( melakukan perbuatan tercela),

Majekkongi (curang), Mabballe-ballei( suka berbohong) dan painung,pabotoro na pakarena baine (pemabuk, penjudi dan suka bermain perempuan).

Jika semua sifat ini dimiliki seorang pemimpin, maka negeri itu, menurut Karaeng Pattingall­oang akan ditimpa bencana seperti gempa bumi (ronrong butta), banjir (abbai), gunung meletus (a’lappoki buluka), kebakaran (akkanrei pepeka), wabak penyakit (garring

sorokau), angin topan (natabai laso anging) dan datang bahaya kelaparan (cipuru).

Karaeng Pattingall­oang sudahpun meninggalk­an kita kira-kira 363 tahun yang lalu, tetapi pesan pesan yang ditinggalk­an oleh cendikiawa­n Kerajaan Gowa ini, mungkin wajar kita renungkan.

 ??  ?? NOTA HUJUNG MINGGU
NOTA HUJUNG MINGGU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia