Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Permuafaka­tan PK1 Kinabatang­an

Menyokong transforma­si ke arah meningkatk­an kecemerlan­gan akademik dan kemajuan sekolah

- Oleh SALMAN ABADI

ENOLONG Kanan Satu (PK1) daerah Kinabatang­an mengambil satu langkah ke hadapan dengan menubuhkan Pertubuhan Majlis Permuafaka­tan Penolong Kanan 1 (MPPK1) daerah Kinabatang­an, Sabah.

Pertubuhan ini dianggotai oleh PK1 sekolah-sekolah rendah dalam daerah Kinabatang­an serta para Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatang­an untuk bersama-sama memberikan sumbangan kepada pertubuhan itu.

Selain itu, pertubuhan ini turut membuka keahlian kepada individu yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan.

Individu yang diserap masuk ke dalam pertubuhan ini ditentukan oleh Jawatankua­sa MPPK1 dan ia dikecualik­an pembayaran yuran seperti yang ditetapkan oleh pertubuhan.

Penaung pertubuhan ini, Suhaimi Othman yang juga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatang­an berkata, PPD Kinabatang­an menyokong penuh inisiatif yang dibuat oleh PK1 daerah Kinabatang­an dalam menubuhkan satu pertubuhan yang banyak membantu dalam meningkatk­an kecemerlan­gan akademik murid-murid sekolah dalam daerah Kinabatang­an.

Suhaimi menambah, sebagai penaung kepada pertubuhan itu, PPD Kinabatang­an akan sentiasa memberikan kerjasama dan panduan kepada MPPK1 dalam merangka pelan yang dirancang oleh pertubuhan itu dalam usaha meningkatk­an prestasi akademik dalam daerah Kinabatang­an.

Di samping itu, PPD Kinabatang­an akan terus menyokong sebarang program yang berimpak positif terhadap cabaran dan sistem pendidikan negara agar dapat membantu menjayakan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025.

Bagi pengerusi MPPK1 daerah Kinabatang­an, Dani Akip yang juga Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Suan Lamba Kinabatang­an berkata, matlamat utama penubuhan MPPK1 adalah untuk menyokong transforma­si kebolehan dan keupayaan penyampaia­n dasar Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dalam peningkata­n pencapaian akademik daerah dan sekolah.

Selain itu, MPPK1 ini juga ditubuhkan supaya kerjasama dapat diterjemah dan direalisas­ikan bersama pemimpin sekolah, ibu bapa, komuniti sekitar dan komuniti sektor swasta dalam meningkatk­an ketelusan dan ke bertanggun­gjawab a n awam secara langsung ke arah peningkata­n pencapaian akademik daerah dan sekolah.

Dani menjelaska­n, kebajikan dan kepentinga­n setiap ahli yang berdaftar dalam pertubuhan ini akan sentiasa dijaga dan didahuluka­n serta diberikan perhatian sewajarnya.

Menurutnya, MPPK1 menghantar permohonan pendaftara­n pertubuhan pada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) dan menerima pengesahan Sijil Pendaftara­n Pertubuhan berkuatkua­sa 2 Ogos 2016.

Ini menjadikan pertubuhan MPPK1 daerah Kinabatang­an ini diiktiraf dan merupakan satu-satunya pertubuhan di negeri Sabah yang keahlianny­a khas melibatkan Guru-guru Penolong Kanan Satu (GPK1) yang lazimnya bertanggun­gjawab sepenuhnya untuk membantu pihak pentadbir atau guru besar tentang pengurusan kurikulum atau akademik di sesebuah sekolah.

Berlandask­an perlembaga­an pertubuhan yang digariskan oleh MPPK1, Dani berharap sumbangan yang akan diberikan oleh pertubuhan ini kepada pendidikan dalam daerah Kinabatang­an dapat meningkatk­an lagi prestasi akademik sekolahsek­olah dalam daerah Kinabatang­an.

Logo ataupun lambang pertubuhan yang direka ini pula turut menggabung­kan pelbagai elemen yang bercirikan identiti negeri Sabah, berlambang­kan ilmu pengetahua­n dan penyatuan serta kerjasama dalam kalangan ahli-ahli pertubuhan.

Menurut Dani, logo MPPK1 ini masih lagi menunggu kelulusan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia dan jika diluluskan, ia akan menjadi lambang identiti pertubuhan yang diperjuang­kan oleh PK1 daerah Kinabatang­an.

Buat pertama kalinya juga selepas sahaja MPPK1 ini menerima Sijil Kelulusan Pendaftara­n Pertubuhan, MPPK1 mengorak langkah pertama dengan menganjurk­an Program Kecemerlan­gan Akademik G15 daerah Kinabatang­an baru-baru ini.

Program yang dianjurkan ini memfokuska­n kepada kecemerlan­gan dalam dua mata pelajaran wajib UPSR iaitu Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (M3).

Pemilihan dua mata pelajaran ini adalah kerana masih terdapat kelemahan yang dikesan terhadap calon UPSR dalam daerah Kinabatang­an dalam keduadua mata pelajaran tersebut berbanding dengan mata pelajaran yang lain.

Ini menyebabka­n penurunan gred purata sekolah (GPS) berbanding dengan mata pelajaran yang lain direkodkan dalam beberapa tahun.

Dalam konteks ini, MPPK1 mengambil tindakan lebih awal dan proaktif untuk membantu sekolah meningkatk­an prestasi akademik, seterusnya membantu PPD Kinabatang­an dalam meningkatk­an pencapaian peperiksaa­n awam di peringkat daerah secara keseluruha­nnya.

Seterusnya, MPPK1 juga turut merancang untuk melaksanak­an beberapa program secara berterusan dan berfokus demi meningkatk­an pencapaian prestasi akademik bagi merealisas­ikan matlamat pertubuhan itu, khasnya dalam peperiksaa­n UPSR.

Antara program yang dirancang selepas ini ialah Program Intervensi Prestasi Linus (Linus Bahasa Melayu, Linus Bahasa Inggeris dan Linus Numerasi), Program Seminar Kepemimpin­an PK1, Program Lawatan Penanda Aras Sekolah Cemerlang, Program Majlis Graduasi murid Tahun Enam peringkat daerah Kinabatang­an, Program Seminar Ibu Bapa Cemerlang, Program Motivasi Pelajar dan Program Intervensi Awal Akademik Berfokus untuk murid Tahun Empat dan Lima.

Sesungguhn­ya, kewujudan Pertubuhan MPPK1 daerah Kinabatang­an merupakan satu inisiatif secara kolektif, berfokus dan terancang untuk membantu menyelesai­kan sesuatu isu dan masalah yang dihadapi sekolah untuk mencapai kecemerlan­gan, khasnya dalam bidang akademik.

Peranan MPPK1 dilihat amat penting dan releven bagi menyokong dan mendokong hasrat bersama Majlis Guru Besar (MGB) dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk melonjakka­n prestasi pendidikan khasnya dalam bidang kurikulum (akademik), kokurikulu­m dan sebagainya.

 ??  ?? Gambar atas DANI Akip (kanan) menerima Sijil Pendaftara­n Pertubuhan MPPK1 disampaika­n oleh PPD Kinabatang­an, Suhaimi Othman.
Gambar atas DANI Akip (kanan) menerima Sijil Pendaftara­n Pertubuhan MPPK1 disampaika­n oleh PPD Kinabatang­an, Suhaimi Othman.
 ??  ?? Gambar kiri JAWATANKUA­SA MPPK1 yang diketuai Dani Akip (dua kanan), Faridah Jamil, Timbalan Pengerusi (tiga kanan) dan jawatankua­sa penyelaras Program Kecemerlan­gan Akademik G15.
Gambar bawah AJK Penganjur Program Kecemerlan­gan Akademik G15 membuat...
Gambar kiri JAWATANKUA­SA MPPK1 yang diketuai Dani Akip (dua kanan), Faridah Jamil, Timbalan Pengerusi (tiga kanan) dan jawatankua­sa penyelaras Program Kecemerlan­gan Akademik G15. Gambar bawah AJK Penganjur Program Kecemerlan­gan Akademik G15 membuat...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN Jawatankua­sa Induk MPPK1 yang diketuai oleh Dani Akip (enam kiri) bersama Penaung Pertubuhan, Suhaimi Othman (tengah).
BARISAN Jawatankua­sa Induk MPPK1 yang diketuai oleh Dani Akip (enam kiri) bersama Penaung Pertubuhan, Suhaimi Othman (tengah).
 ??  ?? MURID Tahun Enam yang mengikuti Program Kecemerlan­gan Akademik G15 yang dianjurkan oleh MPPK1 daerah Kinabatang­an.
MURID Tahun Enam yang mengikuti Program Kecemerlan­gan Akademik G15 yang dianjurkan oleh MPPK1 daerah Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia