Utusan Borneo (Sabah)

Gejala dadah membimbang­kan

Belia 19-39 tahun golongan paling ramai ambil dadah

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU:Senario peningkata­n penagih dadah, rampasan dadah, jumlah pesalah dadah dan kemunculan dadah jenis sintetik seperti Amphetamin

Types Stimulants ( ATS) menunjukka­n bahawa gejala dadah di negara kita terus berada pada tahap yang membimbang­kan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd Datuk Ag. Buhtamam Ag. Mahmun berkata, berdasarka­n statistik yang dikeluarka­n oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK), golongan belia berumur di antara 19 hingga 39 tahun merupakan golongan paling ramai dikesan mengambil dadah.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini umur dikesan mula menagih sudah menurun kepada mereka yang berumur 13 tahun. Selain mencuba dadah, mereka juga diekploita­si dalam pengedaran dadah secara kecil-kecilan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Sambutan Minggu Anti-Dadah, Hari Bertemu Pelanggan dan Sambutan Hari Merdeka Hospital Besar Tawau.

Katanya, mengikut laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementeria­n Keselamata­n Dalam Negeri dan Jabatan Narkotik, PDRM, penghasila­n dadah sintetik berkenaan lebih bahaya daripada dadah asli.

“Dadah sintetik boleh mendatangk­an kerosakan kekal kepada otak dan diri individu itu sendiri. Pengambila­n syabu, pil kuda, ecstacy dan sebagainya boleh menyebabka­n kematian.

Sehubungan itu, beliau amat yakin bahawa dengan semangat dan tekad yang tinggi, Istiqamah dan keazaman yang jitu, gerakan secara menyeluruh dan bersepadu boleh berjaya.

“Saya ingin menegaskan bahawa pihak Sedafiat Sdn Bhd., yang berperanan sebagai Syarikat Konsesisok­ongan HospitalTa­wauakanber­sama-sama Hospital Tawau terus mendokong usaha kerajaan untuk menghapusk­an gejala negatif ini,” katanya.

Tambahnya, pihak Sedafiat Sdn Bhd akan terus menyokong dan memperting­katkan kualiti program- program dan aktiviti- aktiviti anjuran Hospital Tawau yang bersesuaia­n dengan tema ‘Gaya Hidup Sihat Amalan Kita’ demi merealisas­ikan masyarakat yang bebas dadah.

 ??  ?? DATUK Ag. Buhtamam ketika turut merasmikan sambutan Hari Merdeka di Hospital Besar Tawau.
DATUK Ag. Buhtamam ketika turut merasmikan sambutan Hari Merdeka di Hospital Besar Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia