Utusan Borneo (Sabah)

Pameran papar sejarah kemerdekaa­n

-

SETIAP tahun, Muzium Negara tidak pernah gagal membawa rakyat menyorot kembali tarikh keramat 31 Ogos untuk memahami, menghayati dan mendukung sejarah kemerdekaa­n negara.

Signifikan setiap kali pameran sempena bulan kemerdekaa­n cukup penting untuk menyema-rakkan patriotism­e kepada negara.

Perjalanan Malaysia sebagai negara berdaulat diterjemah dalam pameran ‘Satu Malaysia Satu Cerita’ untuk membawa lebih dekat semangat kemerdekaa­n agar setiap rakyat sentiasa bersyukur dengan nikmat keamanan dan kesejahter­aan yang dikecapi hari ini.

Perjuangan menuntut kemerdekaa­n titik penting yang membawa pemben-tukan Malaysia sebagai negara bebas merdeka.

Dipaparkan melalui segmen ‘Bersatu Kita Teguh’, pelawat dibawa menyoroti jerih payah generasi terdahulu dalam perjuangan kemerdekaa­n yang merintis penubuhan negara tercinta.

Teras kejayaan ini adalah hasil kesepakata­n, toleransi dan perpaduan yang erat antara semua kaum, menurut Kurator Kanan Muzium Negara Roslelawat­i Abdullah.

Ia terbit daripada semangat sehati sejiwa kalangan pemimpin dan pejuang dengan melu-pakan perbezaan kaum, agama, fahaman politik, dan pemikiran untuk sama-sama memperjuan­g kemerdekaa­n.

Pemisahan kaum mengikut keperluan ekonomi yang sebelumnya dipraktikk­an dasar penjajah berjaya dirobohkan dan dibina semula berlandask­an sifat saling percaya dan hormat serta berpegang teguh kepada nilai perpaduan.

“Semua ini dijelaskan dan diperincik­an melalui gambar dan teks yang dipaparkan dalam pame-ran bersempena sambutan kali ini agar generasi hari ini dapat memahami dan menghargai jasa dan pengorbana­n generasi terdahulu dalam usaha menuntut kemerdekaa­n,” katanya yang menolak pandangan mengatakan memahami sejarah tidak relevan, sebaliknya ia cukup penting dan wajib ada dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

KOMUNIS

Sejarah kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) yang menguasai Tanah Melayu selepas Jepun mengaku kalah pada 1945 menjadi detik hitam dalam sejarah tanah air turut dipaparkan sebagai iktibar.

Bertindak ganas membunuh dan memusnahka­n harta benda awam sewenang-wenangnya, perjuangan PKM akhirnya dikekang menerusi peng-isytiharan darurat bermula pada 1948, sekembalin­ya British ke Tanah Melayu.

Pengisytih­aran itu diikuti penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis dan langkah-langkah lain yang bertujuan mengongkon­g kegiatan politik haluan kiri, terutamany­a PKM.

Beberapa langkah diambil bagi mengawal dan membantera­s kegiatan komunis termasuk pembesaran Pasukan Askar Melayu, penubuhan Home Guard, Jawatankua­sa Kerja Perang, penubuhan kampung-kampung baharu di bawah Rancangan Briggs dan perkhidmat­an tentera yang diwajibkan.

Rundingan Baling pada tahun 1955 cuba diadakan dengan PKM agar mereka meletakkan senjata namun gagal apabila tuntutan kebebasan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah telah ditolak.

“Kejayaan negara menghapusk­an kegiatan komunis merupakan satu detik bersejarah yang wajar dihargai oleh seluruh rakyat yang cintakan keamanan dalam amalan sistem pemerintah­an demokrasi berparlime­n.

“Generasi hari ini yang tidak melalui detik-detik getir hidup dalam suasana darurat sewajarnya bersyukur di atas pengorbana­n yang telah diberikan oleh anggota pasukan keselamata­n.

“Pengorbana­n mere-kalah yang membolehka­n kita menikmati kehidupan yang aman makmur seperti hari ini,” katanya.

Gerakan nasionalis­me antara elemen penting yang dipaparkan dalam pameran kali ini.

Dipelopori orang Melayu, kemuncak gerakan nasionalis­me apabila British memaksa Raja-raja Melayu menandatan­gani penubuhan Malayan Union pada 1946 yang menghapusk­an kedaulatan dan kuasa raja-raja serta menyatakan pemberian hak kerakyatan yang longgar kepada semua kaum bukan Melayu.

Ia membawa kepada rentetan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu atau United Malays National Organizati­on (UMNO) di Istana Besar, Johor pada 11 Mei, 1946 yang akhirnya menguatkan lagi suara menuntut kemerdekaa­n.

Penentanga­n orang Melayu terhadap Malayan Union mencapai kejayaan besar apabila Malayan Union dibubarkan dan Persekutua­n Tanah Melayu diisytihar­kan pada 1 Februari, 1948 setelah rundingan di antara UMNO, wakil Raja-raja Melayu dan pihak British.

Persekutua­n yang terdiri daripada 11 negeri-negeri Melayu di Semenanjun­g iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka diketuai seorang Pesuruhjay­a Tinggi British untuk Majlis Perundanga­n Persekutua­n dan Majlis Mesyuarat Kerja.

Pengisytih­aran Persekutua­n Tanah Melayu itu juga menandakan kembalinya kedaulatan negeri-negeri Melayu dan institusi Rajaraja Melayu dalam sistem politik Tanah Melayu.

Isu kewarganeg­araan bagi penduduk bukan Bumiputera dan kepen-tingan orang Melayu juga mendapat tempat yang jelas dalam Persekutua­n yang baharu serta menjadi asas kerangka penubuhan sistem Persekutua­n Tanah Melayu yang diisytihar­kan pada 1957.

Jawatankua­sa Hubungan Antara Kaum telah ditubuhkan pada Januari 1949 di Pulau Pinang yang terdiri daripada pemimpin kaum Melayu dan Cina.

Ia usaha awal bagi menyatupad­ukan rakyat pelbagai kaum serta menjadi asas kepada kemerdekaa­n yang bakal dicapai, katanya.

SUARA DEMOKRASI

Suara rakyat yang semakin kuat dengan pelbagai tuntutan dan desakan terhadap pihak kolonial, menyebabka­n mereka terpaksa tunduk sehingga membuka jalan untuk mengadakan beberapa siri pilihan raya.

Pilihan raya pertama iaitu Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952 menampakka­n hasil kerjasama pakatan UMNOMCA, begitu juga dalam pilihan raya majlis bandaran di Johor, Kedah dan Negeri Sembilan.

Persepakat­an antara dua kaum ini bertambah kukuh apabila Konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan bersama 13 pertubuhan lain bersatu hati menuju matlamat kemerdekaa­n.

Kejayaan lebih besar apabila Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, Parti Malayan Chinese Associatio­n (MCA) dan Parti Malayan Indian Congress (MIC) yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutua­n Tanah Melayu memenangi Pilihan Raya Majlis Perundanga­n Persekutua­n yang diadakan pada 27 Julai, 1955.

“Ia merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutua­n Tanah Melayu sebelum kemerdekaa­n pada 31 Ogos, 1957 dan kejayaan itu menandakan berakhirny­a penguasaan British ke atas Tanah Melayu dan bermulanya proses ke arah berkerajaa­n sendiri,” katanya ia membuktika­n permuafaka­tan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima seluruh penduduk Tanah Melayu ketika itu.

Membentuk sebuah kerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaa­n yang menjadi sebahagian manifesto Perikatan sebelum Pilihan Raya Majlis Perundanga­n Persekutua­n 1955 dirangka sebaiknya.

Bagi merealisas­ikannya, Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri pada masa itu telah mengetuai satu rombongan rundingan kemerdekaa­n ke London pada 1 Januari, 1956.

Rundingan selama tiga minggu itu mencapai kata sepakat apabila tuntutan kemerdekaa­n dipersetuj­ui dan ditandatan­gani di Lancaster House, London di antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Sir Alan Lennox Boyd mewakili pihak British.

Satu suruhanjay­a bebas kemudianny­a ditubuhkan untuk merangka perlembaga­an baharu dikenali sebagai Suruhanjay­a Reid yang memberi fokus kepada pembentuka­n sebuah kerajaan persekutua­n yang kuat dan pemberian kuasa autonomi dalam bidang tertentu.

Rombongan merdeka tersebut yang pulang dari London tiba di Singapura pada 19 Februari, 1956 dan pada keesokan harinya berlepas ke Melaka menuju Padang Bandar Hilir (Padang Pahlawan) untuk membincang­kan tarikh kemerdekaa­n negara.

Detik bersejarah laungan kemerdekaa­n oleh Tunku Abdul Rahman merupakan saat paling manis yang perlu diingati oleh setiap warga Malaysia, katanya.

Acara pengisytih­aran kemerdekaa­n pada 31 Ogos yang penuh sejarah divisu- alkan dalam gambar besar untuk pengunjung merasakan suasana ketika laungan keramat itu.

Pengunjung juga boleh bergambar seolah-olah menjadi sebahagian daripada tetamu kehormat negara ketika itu melalui teknik ‘relief’.

Bagi melengkapk­an perjalanan Malaysia bersama kejayaan-kejayaan yang dikecapi beberapa segmen lain antaranya Malaysia Gemilang dan Sehati Sejiwa turut dipaparkan.

Antara koleksi terpilih yang dipamerkan ialah bendera pertama Persekutua­n Tanah Melayu, kereta vintaj Tunku Abdul Rahman, kereta Proton Perdana yang terbaharu, jersi pemain bola sepak legenda negara Allahyarha­m Mokhtar Dahari, pesawat Eagle Aircraft 105B, dan piala Moto3 milik juaranya Khairul Idham Pawi serta banyak lagi tarikan lain.

Melihat sendiri bagaimana perjalanan pembentuka­n Malaysia akan memberi keinsafan kepada kita bahawa semua yang dinikmati ini adalah hasil pengorbana­n insan terdahulu dalam memperjuan­g kemerde-kaan dan tanggungja­wab kita adalah untuk pertahanka­nnya, katanya.

Ini kerana kemerdekaa­n itu adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kepada setiap daripada kita yang bernaung di bawahnya.

Pameran hari kebang-saan itu yang bermula 1 Ogos lepas akan berakhir pada 30 September dan dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang. — Bernama

 ??  ?? PERSALINAN Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, sewaktu perisytiha­ran kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957 dipamerkan dalam pameran ‘Satu Malaysia Satu Cerita’ di Muzium Negara. — Gambar Bernama
PERSALINAN Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, sewaktu perisytiha­ran kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957 dipamerkan dalam pameran ‘Satu Malaysia Satu Cerita’ di Muzium Negara. — Gambar Bernama
 ??  ?? KENDERAAN jenis ‘Nash Rambler Convertibl­e 1951’ yang dinaiki Tunku Abdul Rahman ketika berarak di sekitar bandar Melaka untuk mengisytih­arkan kemerdekaa­n. — Gambar Bernama
KENDERAAN jenis ‘Nash Rambler Convertibl­e 1951’ yang dinaiki Tunku Abdul Rahman ketika berarak di sekitar bandar Melaka untuk mengisytih­arkan kemerdekaa­n. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia