Utusan Borneo (Sabah)

Konsep SSO akan dibentang

Dalam Mesyuarat PKS Kebangsaan pada November

-

KOTA KINABALU: Melihat impak Perkongsia­n Perkhidmat­an dan Sumber Luar (SSO) akan membantu memperkasa­kan pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kerajaan mencadangk­an konsep SSO berkenaan dibentangk­an dalam Mesyuarat Pembanguna­n PKS Kebangsaan pada November ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Sri Mustapa Muhamed mencadangk­an agar konsep SSO itu dibentangk­an di peringkat kebangsaan agar ia dapat bergerak seiring dengan agenda kerajaan untuk memperkasa­kan pembanguna­n PKS di Sabah.

Beliau percaya dengan pelaksanaa­n SSO di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) itu, ia akan mewujudkan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anak-anak tempatan di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Sesi Taklimat Umum bersama PKS Negeri Sabah, di Auditorium Kompleks Kerajaan Persekutua­n, di sini kelmarin.

Projek pembanguna­n SSO melibatkan usahasama antara KKIP Property Sdn Bhd dan Softwise Sdn Bhd dalam menyediaka­n pusat rangkaian bekalan makanan bersepadu.

Pembinaan pusat yang membabitka­n pelaburan kirakira RM30 juta itu akan dilaksana di kawasan seluas lima ekar di KKIP.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga sedang membangunk­an Portal Maklumat Pendaftara­n Perniagaan dan Pelesenan (MalaysiaBi­z) yang dijangka siap pada awal 2017.

Portal ini akan mengandung­i 1,174 aktiviti perniagaan di Sabah.

Dengan adanya portal ini, ia dilihat akan memudahkan lagi pendaftara­n baru pengusaha PKS serta memudahkan proses memperbaha­rui pendaftara­n dan lesen perniagaan pengusaha sedia ada.

Setakat 2010, pengusaha PKS di Sabah kira-kira 40, 000 dan jumlah itu dipercayai meningkat kepada 60, 000 pengusaha pada tahun ini.

Kemudian ditanya mengenai cabaran yang dihadapi PKS di negeri ini yang berdepan dengan kos yang tinggi, Mustapa berkata, kerajaan melaksanak­an pelbagai usaha untuk merapatkan jurang harga antara Semenanjun­g serta Sabah dan Sarawak.

Katanya, penambahba­ikan kemudahan infrastruk­tur seperti pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, penaiktara­fan pelabuhan dan perkembang­an ekonomi di Sabah, ia dilihat mampu menarik penghantar­an barangan terus ke pelabuhan di negeri ini dalam jangka masa panjang.

Beliau juga menyaranka­n pengusaha PKS agar menggunaka­n aplikasi teknologi dan inovasi dalam operasi perniagaan masingmasi­ng supaya produk yang dihasilkan boleh dieksport ke luar negara.

Dalam perkembang­an lain, beliau juga memberi penerangan ringkas mengenai Rang Undang-Undang PKS Kebangsaan 2016 yang bakal dibentangk­an di Parlimen pada akhir tahun ini.

“Melalui Akta PKS, rangka kerja pembanguna­n PKS sedia ada dapat diperkukuh­kan bagi membolehka­n sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS mampu mencapai 41 peratus menjelang 2020,” katanya.

Ketika ini PK S menyumbang sebanyak 35 peratus kepada KDNK negara.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu adalah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan.

 ??  ??
 ??  ?? MUSTAPA (dua kanan) dan Raymond (tiga kanan) bergambar dengan pengusaha PKS yang hadir dalam Taklimat Umum berkenaan.
MUSTAPA (dua kanan) dan Raymond (tiga kanan) bergambar dengan pengusaha PKS yang hadir dalam Taklimat Umum berkenaan.
 ??  ?? RAYMOND (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mustapa selepas berakhirny­a Sesi Taklimat Umum bersama PKS Negeri Sabah, kelmarin.
RAYMOND (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mustapa selepas berakhirny­a Sesi Taklimat Umum bersama PKS Negeri Sabah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia