Utusan Borneo (Sabah)

Cengkerik cetus suasana panik dalam kereta api bawah tanah di New York

-

NEW YORK: Ia mungkin satu babak seperti mana sebuah filem seram.

Seorang wanita yang menyatakan beliau menjual cengkerik dan cacing di atas sebuah gerabak kereta api bawah tanah yang sesak di New York City dipercayai menjadi marah disebabkan beberapa remaja dan melepaskan serangga di kalangan penumpang, sebelum mengencing diri sendiri, menurut kenyataan media sosial dan laporan berita.

Penumpang di dalam kereta api bawah tanah telah terperangk­ap bersama dengan serangga tersebut selama setengah jam semasa waktu sibuk pada petang Rabu lepas selepas seorang penumpang menarik brek kecemasan kereta api itu ketika mereka berada di atas Jambatan Manhattan.

Dua hari kemudian, pada Jumaat lepas, seorang wanita yang memperkena­lkan dirinya sebagai Zaida Pugh telah tampil, menyatakan beliau melakukan kejadian itu sebagai satu gurauan bagi membangkit­kan kesedaran tentang bagaimana orang ramai melayan golongan gelandanga­n. Beliau menya- takan beliau adalah seorang pelakon dan tidak berasa bimbang mengenai satu tindakan balas dari pengguna komuter yang tidak berpuas hati.

“Sudah pastinya mereka akan berasa marah dengan saya, namun saya teka saya hanya melakukann­ya sahaja, Saya telah mengejutka­n orang lain dengan lakonan dan pertunjuka­n saya,” jelas beliau menerusi panggilan telefon.

Remaja, yang menurut beliau juga berlakon, telah menolak beliau ketika beliau menjual serangga tersebut, dan melanggar kontena yang menyimpan serangga tersebut sehingga terlontar.

Selepas cengkerik itu terlepas, sebahagian daripadany­a telah melompat ke atas penumpang, yang kelihatan tidak terlibat dalam gurauan itu.

“Tidak pernah melihat orang ramai menjadi panik dengan begitu cepat, semua orang berebut ke bahagian lain di dalam kereta api,” seorang penumpang, Ezra Mechaber, menulis di dalam Twitter. “Keadaan histeria beramai- ramai di dalam sebuah ruangan tertutup dan terkunci adalah sesuatu yang lain.”

Segelintir lagi mengeluark­an telefon pintar mereka dan mula merakamkan kejadian itu.

Dalam sebuah video yang dimuatturu­nkan, wanita itu menjerit, “Kenapa kamu perlu untuk melanggar saya?” dan “Cengkerik saya!”

Dalam sebuah video lagi, wanita itu dilihat menjerit di luar kawalan ketika beberapa orang penumpang cuba untuk memujuk beliau.

Kereta api D, yang menghubung­kan daerah di Bronx dengan Brooklyn melalui Manhattan, telah berhenti di atas jambatan merentangi East River. Selepas ia mula bergerak semula, anggota polis telah menunggu kereta api itu di stesen yang seterusnya.

Tiada sesiapa yang tercedera dan seorang jurucakap Jabatan Polis New York menyatakan kelmarin bahawa mereka telah membawa wanita itu ke sebuah hospital bagi pemeriksaa­n psikiatrik. Pihak polis tidak menerima sebarang aduan mengenai kejadian itu yang dinyatakan sebagai satu gurauan, menurut jurucakap itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia