Utusan Borneo (Sabah)

Lester capai status hurikan kini menuju ke Pasifik

-

WASHINGTON: Ribut Tropika Lester di luar barat laut pantai Mexico menjadi bertambah kuat sehingga status hurikan kelmarin, menurut Pusat Hurikan Negara AS.

Bahagian tengah Lester adalah terletak kira-kira 550 batu barat daya dari hujung selatan Baja California dan sedang membawa angin selaju 75 batu sejam, menurut NHC dalam buletin jam 3 pagi waktu tempatanny­a.

Bagaimanap­un terdapat tiada pengawasan atau amaran perairan kerana Lester sedang bergerak ke barat ke arah Pasifik dengan satu kelajuan sembilan batu sejam.

“Keadaan ini dijangkaka­n akan berterusan untuk beberapa hari lagi,” menurut NHC yang berpusat di Miami.

Angin dengan kekuatan ribut taufan pada Lester berterusan sehingga 25 batu dari pusatnya, dan angin kekuatan ribut tropika berlaku ke arah luar sehingga 90 batu.

“Beberapa kekuatan tambahan telah diramalkan dalam tempoh 48 jam akan datang,” kata NHC.

Juga pada jam 3.00 pagi waktu tempatan Pusat Hurikan telah mengumumka­n formasi Ribut Tropika Madeline, juga di Pasifik – sejenis ribut yang boleh menjadi ribut taufan dan melanda Hawaii.

Pusat bagi Madeline adalah terletak kira-kira 1,235 batu di timur Hilo, Hawaii dan bergerak ke arah barat-barat laut dengan kelajuan 12 batu sejam.

Ribut yang sekarang membawa angin sekuat 40 batu sejam, namun boleh mencapai kekuatan dan menjadi ribut taufan pada Isnin ini.

Menurut tempoh ramalan selama lima hari oleh NHC, pusat bagi Madeline mungkin akan sampai ke Pulau Hawaii – pulau terbesar di kepulauan ini – pada Rabu depan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia