Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan kembar mengaku salah mahu sertai IS

-

OTTAWA: Adik- beradik kembar dari Kanada yang telah berharap untuk menyertai kumpulan Islamic State (IS) mengaku bersalah untuk kesalahan “keganasan” dan telah dijatuhkan hukuman penjara kelmarin, umum pihak pendakwa raya.

Adik- beradik tersebut, Ashton dan Carlos Larmond, kedua- duanya berusia 25 tahun, telah menerima hukuman selama 17 dan tujuh tahun, setiap seorang.

Seorang lelaki ketiga, Suliman Mohamed, 23, berdepan satu tempoh selama tujuh tahun kerana bersubahat dengan pasangan kembar tersebut.

Di mahkamah, pendakwa raya Douglas Curliss menyatakan Ashton sebagai “penganjur dan pengarah” bagi satu rancangan ekstremis yang tidak dijelaskan.

Pihak polis menyatakan bahawa dia telah menggesa mereka yang lain untuk melakukan jihad selepas ibunya memaklumka­n pihak berkuasa mengenai rancangann­ya untuk pergi ke Syria bagi menyertai kumpulan IS pada tahun 2013 dan kerajaan telah menahan pasportnya.

Kemudian, pada satu hari pada Oktober 2014 ketika seorang penyerang bersenjata menembak mati seorang pengawal adat istiadat dan cuba untuk menyerbu bangunan Parlimen di Ottawa, Ashton dikatakan telah bercakap besar kepada seorang ejen menyamar bahawa dia mempunyai “rancangan yang lebih besar.”

Ketika penahanann­ya se- lama beberapa jam pada Januari 2015 selepas satu siasatan yang lama, adiknya Carlos telah ditahan ketika dia menaiki sebuah pesawat di lapangan terbang antarabang­sa Montreal.

Carlos memaklumka­n di mahkamah bahawa dia merancang untuk menyertai kumpulan IS di Syria.

Pada masa penahanan mereka, ketiga-tiga mereka telah dinyatakan oleh pihak Royal Canadian Mounted Police sebagai satu “kluster” ekstremis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia