Utusan Borneo (Sabah)

Adaptasi telenovela Mexico eksklusif di Astro Prima

-

SETELAH melakar kejayaan yang membanggak­an menerusi penerbitan drama bersiri ‘Memori Cinta Suraya’ (MCS), Astro menerusi saluran Astro Prima dengan kerjasama produksi Global Station Sdn Bhd dan TV Azteca, Mexico akan mengajak para penonton untuk menyelami kisah cinta penuh iktibar, pergolakan keluarga, dendam dan pengorbana­n yang terbina daripada wang ringgit dan kuasa menerusi drama bersiri ’Lara Aishah’.

Drama bersiri 100 episod yang meruntun jiwa arahan Riza Baharudin ini telah diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular ‘La Loba’ dan bakal menemui penonton setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai esok (29 Ogos) eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan siaran serentak di saluran Maya HD (135).

Pengurus Saluran Astro Prima, Farah Zainul berkata, “Kami cukup berbesar hati dengan kejayaan drama MCS yang melakar sejarah membanggak­an apabila menjadi satu-satunya drama bersiri tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabang­sa di tiga buah negara setakat ini iaitu Indonesia, Singapura dan Kazakhstan.

“Pencapaian cemerlang MCS yang berjaya membuka mata sekaligus menarik minat stesen TV negara luar untuk menyiarkan drama terbitan syarikat produksi tempatan ini dan dialih suara ke dalam bahasa pengantar masing-masing telah memberi inspirasi dan semangat kepada kami untuk menerbitka­n lebih banyak dramadrama berkualiti untuk dipasarkan ke peringkat antarabang­sa.

“Kejayaan MCS telah membuktika­n bahawa drama terbitan produksi tempatan juga mampu bersaing dengan program luar sekaligus membuka peluang kepada pelakon kita untuk dikenali di peringkat antarabang­sa,” tambahnya.

Kisah ’Lara Aishah’ menampilka­n lakonan mantap barisan pelakon hebat tanah air selaku teraju utama seperti Fasha Sandha yang memegang watak sebagai Aishah, Nazim Othman sebagai Iskandar, Dian P Ramlee sebagai Cik Puan Marina, Dato’ Eizlan Yusof sebagai Dato’ Nazri dan Jasmin Hamid sebagai Zurin.

Turut menjayakan drama ini termasukla­h Shah Jaszle (Zack), Janet Khoo (Sharon), Sasqia Dahuri (Felisha), Zamarul Hisham (Hisham), Watie Elite (Dalila), Maria Farida (Dahlia), Dato’ Shah Reza (Farouq), Ainul Aisyah (Aimi), Dayana Roza (Wani), Liza Abdullah (Rohana), Afzan A Rahman (Azlan), Fadil Dani (Muiz), Mia Nasir (Anita), Mandy Chong (Carmen), Anne Abdullah (Wati), Dr Katalina (Adila) dan Aedy Ashraf (John).

Farah turut menambah, “Dengan strategi yang sama, kami bawakan pula drama bersiri ‘Lara Aishah’ khusus buat tontonan semua. Pemilihan siri telenovela ini untuk diangkat ke dalam bentuk drama adalah berasaskan jalan ceritanya yang tersendiri dan kejayaanny­a yang telah mendapat sambutan hangat sewaktu ditayangka­n di Mexico.

“Sebagai kelainan, kami juga turut menyediaka­n perkhidmat­an sari kata dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan para penonton yang mungkin tidak begitu fasih berbahasa Melayu untuk memahami drama ini dengan lebih mendalam,” katanya.

Tambah menarik lagi, sebuah lagu istimewa berjudul ‘Dirgahayu’ dendangan istimewa penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir turut diangkat menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri ini.

Drama bersiri Lara Aishah mengisahka­n tentang dua wanita iaitu Aishah (Fasha Sandha) yang berjuang untuk menyelamat­kan pasar tempatan dari dirobohkan oleh sebuah korporasi hanya untuk jatuh cinta dengan pewaris korporasi tersebut, dan kisah Zurin (Jasmin Hamid), seorang ibu yang dipenjarak­an 27 tahun dan ingin mencari anak kandungnya yang telah diculik semasa kecil.

Zurin telah dituduh dan dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukann­ya hasil konspirasi Cik Puan Marina (Dian P Ramlee), bekas ibu mertuanya sendiri yang marahkan anaknya Dato’ Nazri (Dato’ Eizlan Yusof) kerana telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga miskin.

Setelah 27 tahun Zurin akhirnya dilepaskan, dia mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya masih hidup. Bermulalah hidup Zurin mencari anak kandungnya dan membalas dendam kepada keluarga Dato’ Nazri atas dosa mereka.

Aishah ialah seorang gadis yang yang baik dan dibesarkan oleh Muiz (Fadil Dani), di persekitar­an yang serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sifat panas baran.

Pada suatu hari berita tentang tanah pasar yang bakal diambil semula oleh pemilik telah membuatkan Aishah bertekak lidah dengan Dato’ Nazri, anak kepada pemilik tanah.

Pertembung­an mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (Nazim Othman), waris keluarga Dato’ Nazri yang memberitah­u Aishah bahawa dia hanya seorang mekanik miskin lalu membawa kepada hubungan romantik antara Aishah dan Iskandar.

Dalam masa yang sama, Cik Puan Marina ingin Iskandar berkahwin dengan Felisha (Sasqia Dahuri) dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahka­n Aishah. Kehadiran Zack (Shah Jaszle) yang merupakan bekas kekasih Aishah juga merumitkan lagi keadaan. Apakah kesudahan kisah Aishah dan Iskandar? Samasama kita saksikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Lara Aishah mulai esok hanya di Astro Prima.

 ??  ?? BARISAN pelakon ‘Lara Aishah’ yang akan ditayangka­n di Astro Prima.
BARISAN pelakon ‘Lara Aishah’ yang akan ditayangka­n di Astro Prima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia