Utusan Borneo (Sabah)

Denggi: Empat kematian dicatat di Sibu tahun ini

-

SIBU: Empat kematian akibat demam denggi direkodkan di Sibu tahun ini, kata Pengerusi Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Kaunselor Rhoda Ting.

Beliau berkata, empat kes tersebut membabitka­n seorang lelaki, 25, dari Jalan Wong King Hoe, seorang kanak-kanak perempuan, 10, dari Lorong Merlin, seorang wanita, 60, (Jalan Sentosa) serta seorang lelaki, 47, dari Jalan Merdeka di sini.

“Ini menunjukka­n bahawa wabak denggi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina atau umur,” katanya ketika membentang­kan laporan jawatankua­sa pada Mesyuarat Penuh MPS di sini pada Jumaat.

Menurut Ting, sebanyak 52 peratus atau 495 kes wabak denggi dicatatkan di Bahagian Sibu adalah di kawasan seliaan MPS.

Katanya, keempatemp­at kes terbabit berlaku di kawasan agak terdedah kepada wabak denggi kerana terdapat tempat pembuangan sampah secara berleluasa selain berhampira­n dengan rumahrumah terbengkal­ai.

“Terdapat beberapa kes melibatkan penduduk berpendapa­tan di bawah garis kemiskinan serta tidak mempunyai pilihan dan terpaksa tinggal di rumahrumah yang mana terdapat takungan air di bawah rumah mereka,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ting memberitah­u pihaknya sedang menimbang untuk melaksanak­an kaedah baharu dalam membendung penularan wabak denggi.

Namun, katanya, kaedah tersebut masih dalam peringkat cadangan dan akan dibawa pada mesyuarat penuh MPS akan datang untuk dibincangk­an.

“MPS akan menggunaka­n alternatif bayaran ‘timbang kilo’ kutipan sampah untuk membendung pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King menggesa orang ramai agar menghapusk­an tempat-tempat berpotensi sebagai pembiakan nyamuk aedes di kawasan mereka.

Tiong berkata, mereka yang dikesan melakukan kesalahan membiarkan tempat pembiakan nyamuk aedes berdepan denda sebanyak RM500.

 ??  ?? TIONG (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh MPS di Wisma Sanyan, Sibu.
TIONG (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh MPS di Wisma Sanyan, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia