Utusan Borneo (Sabah)

Usaha lahir lebih ramai usahawan

-

KUCHING: Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak ( PPK1MS) menandatan­gani surat pelantikan sebagai panel untuk urusan pembiayaan dan bantuan skim pinjaman modal keusahawan­an.

Menurut Presiden PPK1MS Narawie Ibrahim, pelantikan tersebut merupakan salah satu usaha untuk membantu lebih ramai usahawan terutama dalam kalangan Bumiputera yang berdaftar dengan PPK1MS membangunk­an perniagaan yang diusahakan.

“Pelantikan ini membolehka­n mana-mana ahli PPK1MS yang berhasrat memohon pembiayaan dan pinjaman daripada Bank Rakyat, mendapat rujukan dan sokongan daripada pihak persatuan.

“Selain itu, ini juga membolehka­n segala pinjaman dan pembiayaan dapat diuruskan dengan lebih efisien dari segi pembayaran balik, ketelusan dan menepati sasaran,” katanya ketika menghubung­i Utusan Borneo, pada Jumaat.

Pada masa sama, PPK1MS juga mahu menggalakk­an usahawan- usahawan Bumiputera dan mereka yang belum menjadi ahli agar mendaftar nama dengan persatuan.

Ia adalah bertujuan supaya setiap usahawan berdaftar dapat menikmati pelbagai kemudahan dan peluang yang telah disediakan oleh pihak dan agensi kerajaan mengikut keperluan, ujarnya.

“Sebelum ini, PPK1MS bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Unit Pembanguna­n Usahawan dan Industri Halal Sarawak (UPUIH), Unit Pembanguna­n Usahawan Bahagian (MPUB) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat sama untuk membangunk­an para usahawan,” katanya.

Hadir pada majlis menandatan­gi surat pelantikan ialah Pengurus Bank Rakyat Cawangan Satok Muhamad Yusof Hashim, Bahagian Pembiayaan Peniaga Nur Nadiah Mohd Redzuan, ahli jawatankua­sa PPK1MS Mohd Zain Peli, Dr Thomas Syafiq Abdullah serta Sahminan Sirat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia