Utusan Borneo (Sabah)

GADS teroka, kaji peluang dapat direbut dalam bidang ekonomi

-

MIRI: Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) Wilayah Utara yang kini mulai mengembang­kan sayapnya ke daerah Limbang, kini sedang meneroka dan mengkaji peluang-peluang yang dapat direbut dalam bidang ekonomi, khususnya bagi masyarakat Dayak.

Presidenny­a Vicky Gulin Shandom berkata salah satu agenda utama GADS Cawangan Limbang ialah mahu menjalin kerjasama dengan ahli jawatankua­sa Tamu Medamit di Limbang.

“Kerjasama ini amat penting, kerana selain dapat membuka peluang untuk ahli GADS dan peniaga kaum Dayak menceburi bidang perniagaan, ia juga menjadi platform bagi GADS memberi bantuan dan bimbingan kepada mereka yang mahu terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya.

Menurut Vicky, sedikit sebanyak ia dapat membantu para peniaga yang kebanyakan­nya daripada golongan wanita, menambah punca pendapatan keluarga masing-masing.

Katanya GADS sudah mendapat lampu hijau untuk kerjasama itu, selepas pertemuan beliau dengan beberapa ahli jawatankua­sa Tamu Medamit yang dipengerus­ikan oleh Kaunselor Rumai Sanggau. “Saya difahamkan bahawa tamu itu sudah dirasmikan pada hujung tahun lalu dan lokasinya ialah bersebelah­an bangunan rumah kedai Nanga Medamit.

“Kita melihat ini sebagai peluang yang amat baik kepada para peniaga dan penjaja kerana ia terletak berhampira­n sempadan dengan pelanggan mereka bukan sahaja daripada kalangan penduduk Limbang serta Lawas, tetapi juga penduduk negara jiran Brunei Darussalam,” tambah beliau.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini kelmarin, Vicky memberitah­u bahawa beliau yang mewakili GADS Wilayah Utara baharu sahaja kembali dari Limbang untuk bertemu dengan ahli di sana dan berbincang dengan mereka bagi mencari cara mengembang­kan ekonomi dan menaikkan taraf hidup kaum Dayak di Limbang menerusi bidang perniagaan.

“Selain itu kami turut membincang­kan aktiviti lain yang bersesuaia­n serta boleh diguna pakai untuk keperluan ahli di Limbang bagi mengembang­kan GADS di samping merekrut keahlian,” jelas beliau lagi.

“Bagi pihak GADS Wilayah Utara, saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada beberapa ahli GADS yang turut dilantik sebagai ahli-ahli kaunselor dalam Majlis Daerah Limbang (MDL) baru-baru ini seperti Agnes Undil dan Tuai Rumah Ani Dindang dan lain-lain,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia