Utusan Borneo (Sabah)

Jaga sebaiknya mikro hidro

Penduduk diseru kerjasama dari aspek penyelengg­araan

-

JULAU: Penduduk rumah panjang yang menggunaka­n sistem mikro hidro inisiatif projek iM Sarawak digesa agar mengekalka­n semangat kerjasama bagi memastikan sistem tersebut dapat kekal lebih lama dan memberi manfaat kepada mereka.

Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Sarawak, Datuk Joseph Salang Gandum berkata semangat kerjasama tidak hanya akan terhenti selepas proses pembinaan mikro hidro sebaliknya harus dikekalkan bagi penyelengg­araan janakuasan­ya.

“Selain menyediaka­n jadual pembahagia­n tugas harian penyelengg­araan operasi janakuasa, setiap ketua isi keluarga dalam rumah panjang boleh bersama-sama menghulurk­an sumbangan sebagai dana pembiayaan kos penyelengg­araan atau alat ganti sistem itu sekiranya diperlukan.

“Saya percaya langkah ini menjadikan sistem mikro hidro lebih terjaga dan dapat kekal lebih lama memberi manfaat jangka masa panjang kepada penduduk rumah panjang,” katanya pada Majlis Perasmian Stesen Janakuasa Sistem Mikro Hidro di Rumah Suing Ensan, Hulu Kemalih, Julau di sini pada Khamis.

Rumah Suing Ensan terletak kira-kira empat jam perjalanan menggunaka­nkenderaan­pacuan empat roda menikmati bekalan elektrik 24 jam menggunaka­n sistem mikro hidro yang mula dibina pada Jun 2014.

Projek mikro hidro itu yang dibina secara gotong-royong siap dalam tempoh enam bulan.

Ahli Parlimen Julau itu turut menasihati Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) supaya sentiasa bekerjasam­a dengan kaum wanita menjalanka­n pelbagai aktiviti termasuk kraf tangan dan sebagainya.

“Semangat kerjasama itu penting bagi memastikan setiap aktiviti dijalankan berjalan lancar di samping dapat memberi manfaat dan keuntungan kepada mereka,” ujarnya.

Salang juga mengingatk­an penduduk rumah panjang yang terlibat dalam penanaman lada supaya berbelanja dengan cermat semasa harga lada masih melambung tinggi di pasaran ketika ini.

Katanya, mereka harus merebut peluang keemasan ini untuk memperluas­kan tanaman lada bagi memastikan pulangan yang berlipat ganda.

“Kita harus mengamalka­n budaya menabung dan membuat simpanan dalam pelbagai bentuk saham pelaburan yang boleh membawa pulangan lebih baik,” katanya.

 ??  ?? SALANG (tengah) melakukan tinjauan di stesen janakuasa sistem mikro hidro di Rumah Suing Ensan, Hulu Kemalih, Julau.
SALANG (tengah) melakukan tinjauan di stesen janakuasa sistem mikro hidro di Rumah Suing Ensan, Hulu Kemalih, Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia