Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan penyiasat dihantar ke Long Lama

-

MIRI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di sini membentuk satu pasukan penyiasat untuk menyiasat kesahihan dakwaan pencemaran sungai di Long Lama sehingga menyebabka­n kematian ikan di perairan berkenaan.

Ketua Cawangan JAS Miri Julaiha Jumal ketika dihubungi semalam memberitah­u, pihaknya sudah menghantar pasukan penyiasat ke kawasan terbabit.

“Kita akan menyiasat kesahihan dan kebenaran laporan seperti diperkata dalam media sosial itu,” katanya ketika dihubungi pagi Jumaat.

Selain JAS Miri menurut Julaiha, NREB juga turut bergabung dalam siasatan berkenaan dan setakat ini belum mendapat sebarang respon hasil siasatan.

Jelasnya, ini kerana kawasan insiden merupakan salah satu kawasan terpencil dan susah mendapat isyarat komunikasi.

“Itu antara kekangan pasukan penyiasat (NREB dan JAS) hadapi dan perjalanan ke kawasan itu juga mengambil masa,” jelasnya lagi.

Tambahan, sampel yang akan diambil dari kawasan terbabit selepas ini perlu dihantar ke Jabatan Kimia di Bintulu untuk laporan lanjut.

“Kami akan memaklumka­n kepada media jika terdapat maklumat baharu dan laporan selanjutny­a mengenai dakwaan itu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau ketika dihubungi mengatakan orang ramai tidak harus membuat kesimpulan sendiri mengenai hal tersebut.

Jelansya, ini kerana pihak bertanggun­gjawab sedang giat menjalanka­n siasatan terperinci.

“NREB Miri dan JAS Miri sedang menjalanka­n siasatan penuh dan jangan terlalu cepat membuat kesimpulan sendiri,” katanya kepada Utusan Borneo pada Jumaat.

Dennis memberitah­u perkara itu hal serius dan tidak harus berlaku tuduh menuduh sehingga siasatan dijalankan selesai serta menemui jawapan tepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia