Utusan Borneo (Sabah)

Tumpu skuad bawah 21

Nasihat Mourinho kepada Rashford

-

MANCHESTER: Penyerang Marcus Rashford (gambar) lebih baik menyertai pasukan Bawah 21 England daripada bermain sebagai pemain pilihan kedua atau ketiga di belakang Harry Kane dan Jamie Vardy untuk pasukan senior England, kata pengurus kelabnya di Manchester United Jose Mourinho.

Pemain berusia 18 tahun itu – salah satu kejayaan yang unik di bawah pengurus sebelum Mourinho, Louis van Gaal, dengan lapan jaringan pada musim lepas – memainkan peranan kecil sahaja dalam kempen England yang gagal di Euro 2016 dengan dua penampilan yang lewat sebagai pemain gantian.

Mourinho, yang sering dikritik kerana mengabaika­n bakat muda dan menurunkan pemain lebih dewasa, berkata Rashford akan berkembang dengan lebih baik pada peringkat kelab mahupun antarabang­sa jika dia dapat bermain dalam beberapa perlawanan Bawah 21.

“Saya lebih suka jika dia menyertai pasukan Bawah 21 dan bermain menurut keputusan Southgate, tetapi saya percaya 90 atau 80 minit, sebahagian besar perlawanan, dan menyumbang kepada perkembang­annya,” kata Mourinho.

Mourinho, yang menyaksika­n pasukannya bermula cemerlang dengan memenangi piala Community Shield dan memenangi dua perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris sebelum perlawanan semalam menentang Hull, menafikan dia mengulang tabiat lamanya dengan menurunkan pemain veteran Zlatan Ibrahimovi­c dan tidak mempedulik­an Rashford, yang hanya membuat satu penampilan sahaja sebagai pemain gantian setakat ini. Bagaimanap­un pemain Swiss yang berpengaru­h itu mempamerka­n prestasi yang ce- merlang dengan menjaringk­an empat gol selepas memulakan tiga perlawanan. “Marcus adalah seorang pemain muda yang berbakat. Kami membeli seorang penyerang (Ibrahimovi­c) – bukan dua atau tiga atau empat. Jika kita tidak mempercaya­inya atau mahu dia bermain, kita beli penyerang lain. Namun ia tidak begitu. “Zlatan bermain dan menunjukka­n kenapa, dan Marcus adalah penyerang nombor dua kami buat masa sekarang. Bagi seorang budak berusia 18 tahun, saya rasa dia menakjubka­n. “Mereka dapat bermain bersama kerana mereka sudah melakukann­ya. Mereka bermain bersama ketika menentang Leicester (perlawanan Community Shield yang mereka menang 2-1) apabila Marcus dimasukkan.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia