Utusan Borneo (Sabah)

Marseille catat kemenangan pertama

-

MARSEILLE: Marseille ( OM) memulakan kempen mereka dalam Ligue 1 dengan langkah kanan apabila mereka menewaskan­Lorient2-0diStade Velodrome kelmarin untuk mencatatka­n kemenangan pertama mereka bagi musim ini.

Remy Cabella meletakkan pasukan tuan rumah bimbingan Franck Passi di hadapan dengan satu tendangan percuma yang cemerlang pada separuh masa pertama, dan Bafetimbi Gomis menambah gol kedua pada minit ke-70.

Kemenangan itu adalah yang kedua dalam tiga perlawanan liga di halaman sendiri bagi OM, selepas bermain dalam 15 perlawanan sebelum itu tanpa sebarang kemenangan.

Lorient melakukan permulaan musim baharu yang amat buruk dan sekarang menduduki tempat tercorot dalam Ligue 1 dan masih belum mengutip mata selepas tiga perlawanan.

Cabella memecah kebuntuan pada minit ke- 19 dengan melencongk­an tendangan percuma yang cantik melepasi penjaga gol Lorient, Benjamin Lecomte, selepas dia sendiri dikasari 25 ela dari gawang oleh Erwin Koffi.

Ia adalah jaringan pertama bagi pemain berusia 26 tahun itu sejak menyertai OM secara tetap dari Newcastle United dengan harga lapan juta euro (RM36 juta) pada musim percutian, selepas menghabisk­an musim lepas sebagai pemain pinjaman di Stade Velodrome.

Lorient jarang sekali mengancam pada babak pertama dan Gomis hampir menjaringk­an gol pertamanya untuk Marseille apabila Lecomte menendang bola yang terkenanya, tetapi ia melantun keluar.

Pasukan pelawat Sylvain Ripoll ternyata bermain lebih baik bagi kebanyakan waktu pada babak kedua tetapi mereka sering mengambil masa yang terlalu lama di hadapan gawang.

Walid Mesloub melakukan kelecekan sebelum dia membuat cubaan yang terkeluar, dan Majeed Waris menguis bola hantaran lintang dari Moryke Fofana melepasi tiang belakang gol.

Peluang terbaik Lorient diperolehi pemain tengah Cafu tetapi rembatanny­a dari jarak dekat diselamatk­an dengan baik oleh penjaga gol Marseille, Yohann Pele.

Dengan baki perlawanan 20 minit lagi, Gomis diloloskan oleh Cabella dan, selepas satu ‘step over’ yang kemas, pemain baharu dari Swansea City itu merembat masuk gol pertamanya untuk kelab bagi menjamin kemenangan. – AFP

 ??  ?? PEMAIN tengah Marseille Florian Thauvin (kiri), dan pertahanan Lorient Zargo Toure bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan pembukaan Ligue 1 Perancis di Marseille. - AFP
PEMAIN tengah Marseille Florian Thauvin (kiri), dan pertahanan Lorient Zargo Toure bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan pembukaan Ligue 1 Perancis di Marseille. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia