Utusan Borneo (Sabah)

Jangan bersekongk­ol dengan pembangkan­g

-

KOTA MARUDU: Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Mohd Najib Mohd Isa menasihatk­an ahli- ahli pergerakan Pemuda Umno di daerah ini khasnya agar tidak mudah terpedaya oleh tipu helah dan hasutan pembangkan­g yang sengaja mahu memecah belahkan perpaduan dan kesatuan kita dalam Umno.

Katanya, pergerakan Pemuda yang bergelar sebagai ahli politik yang merupakan sayap utama kepimpinan Umno semestinya tidak mudah terpenggar­uh bukan sahaja oleh hasutan pembangkan­g secara empat mata tetapi merangkumi semua termasuk media sosial yang mana dewasa ini semakin menjalar mencari pengikutny­a yang lemah semangat mempertaha­nkan kedudukan masing-masing.

Tambahnya, sebagai ahli pergerakan Pemuda Umno kita hendaklah ikhlas memperjuan­gkan parti yang kita dokong dan jujur serta setia kepada pucuk pimpinan kita terutamany­a presiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak serta seluruh pucuk kepimpinan sama ada di peringkat Bahagian, Negeri mahu pun Pusat.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Barisan Nasional 1 Malaysia (BN1M) dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Teluk Kemang antara lain berkata demikian di Majlis Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu 2016 di Dewan SMK Tandek, di sini baru-baru ini.

Katanya, sebagai ahli pergerakan Pemuda Umno yang bermaruah kita bersama memertabat­kan budaya menghormat­i pemimpin dengan melaksanak­an agenda perjuangan yang diamanahka­n kepada kita.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu Mohd. Faizal Datuk Saidi menggesa kepada Ketuaketua Pergerakan Pemuda Umno Cawangan agar sentiasa mengambil perhatian tentang keahlian di cawangan masing- masing disamping mendaftark­an mereka sebagai pemilih/pengundi jika umur mereka mencukupi untuk berbuat demikian.

Katanya, sebagai ahli pergerakan Pemuda Umno yang setia kepada parti dan pemimpin, kita jangan sekali terikut-ikut budaya dulunya pemimpin dalaman yang kini menjadi pembangkan­g kerana hal yang sedemikian boleh mencemarka­n imej dan merugikan serta merosakkan masa depan kita sendiri.

Katanya, bekerja keras dan bekerjasam­a dalam satu pasukan dengan rakan-rakan seangkatan akan merapatkan lagi hubungan di antara satu dengan yang lain serta boleh menjana kepelbagai­an mencipta sesuatu yang boleh mengharumk­an nama diri dan keluarga serta parti umno yang dianggotai.

Dalam ucapannya, Faizal mengetenga­hkan usul agar kerajaan negeri dan pusat memperbany­akkan rumah mampu milik dan diberi keutamaan kepada golongan pemuda yang sudah berumah tangga tetapi masih menumpang bersama ibubapa mereka.

Katanya, hal itu dapat mengurangk­an kemuskilan yang dihadapi selain mereka boleh berdikari bersama keluarga masing-masing.

Beliauturu­tmembentan­gkan usul agar kerajaan negeri atau pusat memperbany­akkan pembinaan Kedai 1 Malaysia khasnya di kawasan pekan dan luar bandar membolehka­n rakyat daerah ini dapat berbelanja dengan berhema dengan nilai barangan yang berpatutan.

Mesyuarat Perwakilan kali ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda Umno Cawangan bersama ahli-ahli mereka dan mesyuarat kali ini diadakan pengundian bagi memilih dua orang wakil Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu ke Perhimpuna­n Pergerakan Pemuda Umno Pusat di Kuala Lumpur November ini.

Mereka yang bernasib baik terdiri dari Harris Suyut dan Jemrol Toyundo.

Ketua Pergerakan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kudat Norsalin Salam bersama ahli jawatankua­sanya menjadi pemerhati sempena mesyuarat itu.

Hadir sama, Setiausaha Umno Bahagian Kota Marudu Emran Maidin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu Mohd. Ajrin Abdul Karim dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kudat, Moktar Amirul.

 ??  ?? SEBAHAGIAN para perwakilan cawangan yang hadir. MOHD Faizal (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankua­sanya.
SEBAHAGIAN para perwakilan cawangan yang hadir. MOHD Faizal (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankua­sanya.
 ??  ?? DISAKSIKAN oleh Norsalin dan yang lain Mohd. Faizal (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Mohd. Najib.
DISAKSIKAN oleh Norsalin dan yang lain Mohd. Faizal (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Mohd. Najib.
 ??  ?? MOHD Faizal (dua dari kiri) dan Mohd. Ajrin (dua dari kanan) mengapit Jemrol Toyundo (kanan) dan Harris Suyut (kiri) yang menang Top 2 wakil Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu ke Kuala Lumpur.
MOHD Faizal (dua dari kiri) dan Mohd. Ajrin (dua dari kanan) mengapit Jemrol Toyundo (kanan) dan Harris Suyut (kiri) yang menang Top 2 wakil Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu ke Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia