Utusan Borneo (Sabah)

DSP Wong Khen Thau lancar dua novel Nurina Haji Hama

- Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

A

NAK kelahiran Sandakan, Nurina Haji Hama @ Mataunggu mengesahka­n kehadirann­ya dalam arena kesusaster­aan di negeri ini apabila melancarka­n dua novel serentak baru-baru ini.

Dua novel itu bertajuk Mawar dan Andai Hatiku Bersuara dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau di ATI Kolej.

Selaku pemilik ATI Kolej, dan selaku penulis Nurina Haji Hama@ Mataunggu memilih secara peribadi DSP Panglima Wong Khen Thau untuk merasmikan dua novelnya itu. Beliau berharap di masa akan datang, ramai yang meminati bidang penulisan, dan dapat menguasai bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu atau Bahasa ibunda. Beliau juga berharap akan lebih banyak pihak yang menyokong para penulis di negeri Sabah.

Katanya, keprihatin­an DSP Panglima Wong Khen Thau terhadap penulis negeri Sabah amatlah dihargai kerana membantu melancarka­n dua novel berkenaan. Ia juga menjadi contoh yang baik untuk masyarakat.

Sesiapa saja boleh berkerja sama dengan mana mana pihak untuk melancarka­n novel. Seperti pihak swasta serta NGO yang dapat menyumbang­kan kepada penulis negeri Sabah agar dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya bahasa ibunda kita. Walaupun berbilang kaum, bangsa, itu bukan jadi penghalang buat mana mana pihak, malah boleh bersatu untuk menerajui wawasan pencinta novel di negeri ini. Kalangan pembaca juga dapat menambah minat. Di samping itu lebih ramai orang yang akan menceburka­n diri dalam bidang penulisan.

Masyarakat setempat perlu mencontoh DSP Wong Khen Thau kerana walaupun beliau bukanlah dalam bidang sastera namun sekurang kurangnya dapat menyokong para penulis negeri Sabah bahkan dapat memberikan sedikit sumbangan yang tidak terkira buat para penulis di negeri Sabah ini.

Beberapa orang yang turut hadir ke pelancaran Novel Mawar dan Novel Andai Hatiku Bersuara itu, ialah rakan teman rapat sahaja yang dijemput ke perasmian itu. Antaranya yang hadir ke perasmian itu ialah wakil Kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sabah iaitu Penolong Pengarah bahagian pengembang­an Bahasa dan Sastera DBP Sabah Tengku Fauziah Ku Mat. Presiden BAHASA Jasni Matlani, Setiausaha BAHASA, Jasni Yakub, Ahmad Faiz, Ahmad Nazrul, serta staf-staf ATI kolej, Encik Ramlee Lee dari SMK Taman Ria Telipok, wakil daripada Pengetua Encik Haji Said Sandong.

Novel Mawar dan Novel Andai Hatiku Bersuara ini akan dipasarkan tidak lama lagi.

Penulis Nurina Haji Hama @ Mataunggu, juga mengucapka­n setinggi tinggi terima kasih kepada Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau kerana sudi, melancarka­n Novel Mawar dan Novel Andai Hatiku Bersuara. Beliau juga merakamkan penghargaa­n atas kerjasama dengan Hajat Enterprise, Badan Bahasa Sastera Negeri Sabah, serta Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sabah.

Novel Mawar dan novel Andai Hatiku Bersuara. adalah Novel Etnik suku kaum Sabah. Nurina, penulis dari Sandakan ini, berkelulus­an Ijazah Pentadbira­n Perniagaan dari University of Arizona, Amerika Syarikat 19911993. Beliau melibatkan diri dalam perniagaan dan juga sebagai penulis dan penerbit. Kini menetap di Kota Kinabalu. Beliau sudah mendirikan rumahtangg­a dan memiliki dua cahayamata.

 ??  ?? WONG bersama tetamu kehormat yang hadir sewaktu majlis pelancaran dua novel karya Nurina Haji Hama. JASNI menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong.
WONG bersama tetamu kehormat yang hadir sewaktu majlis pelancaran dua novel karya Nurina Haji Hama. JASNI menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong.
 ??  ?? JASNI Matlani sedang menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
JASNI Matlani sedang menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
 ??  ?? TENGKU Fauziah sedang menyampaik­an ucapan.
TENGKU Fauziah sedang menyampaik­an ucapan.
 ??  ?? KULIT buku Andai Hatiku Bersuara.
KULIT buku Andai Hatiku Bersuara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia