Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak intai peluang tingkat pembanguna­n industri petrokimia hiliran untuk loji di Lawas

-

BEIJING: Sarawak mengintai peluang pelaburan untuk meningkatk­an pembanguna­n bernilai tinggi industri petrokimia hiliran sekali gus menghidupk­an semula rancangan untuk loji penapisan di Lawas.

Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan (MIETI) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian semasa lawatan ke ibu pejabat NORINCO di Beijing pada 26 Ogos lalu.

“Norinco Zhenghua gah dalam industri minyak dan gas, dan kami berharap lawatan ini dapat menjadi peluang untuk kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya semasa lawatan ke ibu pejabat kumpulan NORI

Awang Tengah mengetuai delegasi negeri dalam misi promosi pelaburan ke China pada 20-29 Ogos, selepas melawat Baotou City dalam Inner Mongolia dan Xi’an City sebelum lawatan ke Beijing.

Beliau berkata, antara sektor yang boleh dipertimba­ngkan untuk pelaburan ialah industri hiliran dan peluang perniagaan industri minyak dan gas.

Katanya, China dan Malaysia mempunyai hubungan berdiri lama dalam perdaganga­n, dan terus membina hubungan sosioekono­mi yang lebih kukuh sejak beberapa tahun selepas lawatan bersejarah oleh Allahyarha­m Perdana Menteri Tun Abdul Razak Mei 1974.

“Sarawak merupakan destinasi pelaburan pilihan kedua di Malaysia dalam tempoh dua tahun yang lalu selain kaya dengan sumber semula jadi seperti kayu balak, petroleum dan gas asli sekali gus menarik ramai bakal pelabur,” katanya.

Liu Yijiang, pengerusi Zhenghua Oil Co. Ltd dari Norinco dalam pada itu mengalu- alukan Awang Tengah dan delegasi dari Sarawak untuk pertukaran maklumat sekali gus meneroka potensi kerjasama dan peluang ekonomi.

Beliau berkata syarikat itu terlibat dan mempunyai kepakaran dalam operasi pengeluara­n huluan dan perdaganga­n dalam perniagaan minyak dan gas di peringkat antarabang­sa.

Turut ditayangka­n semasa mesyuarat itu ialah video video promosi dari Sarawak dan Norinco.

Delegasi Sarawak termasuk Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Perancanga­n Sumber merangkap Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian ( Pembanguna­n Keusahawan­an) Datuk Naroden Majais, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ismawi Ismuwi, Setiausaha Tetap MIETI Datu Liaw Soon Eng dan wakil-wakil daripada sektor swasta di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia