Utusan Borneo (Sabah)

Polis Bangladesh bunuh tiga ekstremis Islamis

Salah seorang disyaki dalang utama serangan sebuah kafe yang mengorbank­an 22 orang bulan lepas

-

DHAKA: Pihak polis Bangladesh telah menyerbu sebuah tempat persembuny­ian militan di luar Dhaka semalam, menembak mati tiga orang ekstremis Islamis, termasuk dalang utama yang disyaki bagi satu serangan ke atas sebuah kafe yang telah mengorbank­an 22 orang kebanyakan­nya tebusan asing pada bulan lepas.

“Kami dapat melihat tiga mayat di sini,” pegawai kanan polis Sanwar Hossain memberitah­u AFP.

“Tamim Chowdhury telah meninggal dunia, Dia merupakan perancang utama bagi serangan Gulshan dan JMB (Jamayetul Mujahideen Bangladesh, sebuah kumpulan militan domestik),” menurut beliau.

Chowdhury, seorang rakyat Bangladesh-Kanada, sebelum ini telah dinamakan oleh pihak polis sebagai perancang utama disyaki untuk serangan ke atas kafe di Gulshan, sebuah kawasan penempatan mewah di Dhaka.

Beberapa mayat telah ditemui selepas pihak polis melakukan satu pertempura­n senjata selama sejam dengan pihak ekstremis di Narayangan­j, sebuah bandar 25 kilometer di selatan Dhaka, menurut Hossain.

“Operasi berlaku selama sejam. Kami dapat melihat tiga mayat. Mereka tidak menyerah diri. Mereka telah melontar empat-lima butir bom tangan ke arah pihak polis dan tembakan dengan raifal AK 22,” ketua polis negara Bangladesh A.K.M Shahidul Hoque memberitah­u AFP.

“Tiga orang ekstremis telah terkorban. Di antara mereka, salah seorang daripada mangsa yang terkorban menyerupai gambar Tamim Chowdhury yang kami miliki.”

Kerajaan Bangladesh telah mempersala­hkan JMB bagi serangan kafe pada 1 Julai di mana 20 orang tebusan. Termasuk 18 orang rakyat asing, telah terkorban bersama dengan dua orang anggota polis.

Pihak polis menyatakan Chowdhury, 30, yang kembali dari Kanada 2013, telah mengetuai satu kumpulan kecil dari sebuah pasukan militan, juga dikatakan sebagai dalang di sebalik beberapa pembunuhan anggota penduduk agama minoriti.

“Kami telah mendengar bahawa Tamim Chowdhury adalah di antara yang terbunuh. Penampilan fizikalnya menunjukka­n bahawa ia adalah Tamim Chowdhury. Namun kami perlu untuk memastikan ia 100 peratus,” menteri dalam negeri Bang- ladesh Asaduzzama­n Khan memberitah­u AFP.

Pada 2 Ogos pihak polis telah mengumumka­n satu ganjaran sebanyak dua juta taka bagi maklumat yang membawa kepada penahanan Chowdhury, yang telah menghilang­kan diri selepas dikatakan mendalangi serangan kafe tersebut.

Bersama dengan pasukan keselamata­n elit, Rapid Action Battalion, mereka telah melakukan satu siri serbuan ke atas tempat persembuny­ian militan yang disyaki.

Pada Jun lebih dari 11,000 orang telah ditahan dalam satu usaha untuk menyelesai­kan beberapa pembunuhan kejam terhadap penulis sekular, aktivis hak asasi gay dan golongan agama minoriti.

Kumpulan Islamic State telah mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan Gulshan, mengeluark­an beberapa keping gambar dari dalam kafe sepanjang rampasan dan mengenai lima orang lelaki yang melakukan serangan maut dan telah ditembak mati pada hujungnya.

Pihak berkuasa Bangladesh telah menolak dakwaan tersebut, menyatakan rangkaian pejuang jihad antarabang­sa itu tidak mempunyai kehadiran di negara majoriti Islam ketiga terbesar di dunia.

Bangladesh telah berdepan dengan satu gelombang serangan maut sejak tiga tahun lepas, termasuk terhadap rakyat asing, aktivis hak asasi dan anggota kumpulan agama minoriti di negara ini.

Kedua-dua pihak IS dan satu cabang Al-Qaeda telah mengaku bertanggun­gjawab bagi kebanyakan serangan.

Pengkritik menyatakan pentadbira­n Perdana Menteri Sheikh Hasina berada dalam penafian mengenai sifat bagi ancaman yang dilakukan oleh pihak ekstremis Islam dan menuduh beliau sebagai cuba untuk mengeksplo­itasi serangan bagi menjatuhka­n lawan domestik beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? POLIS Bangladesh mengawal keadaan semasa operasi menyerbu sebuah tempat persembuny­ian militan di luar Dhaka semalam.
— Gambar AFP POLIS Bangladesh mengawal keadaan semasa operasi menyerbu sebuah tempat persembuny­ian militan di luar Dhaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia