Utusan Borneo (Sabah)

Masalah dadah generasi muda serius

Satu usaha proaktif diperlukan bagi memerangi gejala berkenaan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT : Masalah penagihan dadah dalam kalangan generasi muda masa kini semakin membimbang­kan, justeru satu usaha proaktif diperlukan bagi memerangi penyalahgu­naan bahan terlarang tersebut.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi berkata, senario berkenaan menunjukka­n dadah menjadi trend ‘penjajahan baru’ terhadap golongan muda.

Katanya, berdasarka­n Klafikasi Taburan Penagih Dadah di seluruh negara dari tahun 1988 hingga 2015 menunjukka­n seramai 413,754 penagih dadah telah mendaftar di pusat-pusat pemulihan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) merekodkan sebanyak 76.1 peratus adalah penagih baru dan sebahagian besarnya penagih muda yang secara produktif menyumbang sebanyak 73.4 peratus.

“AADK Sabah turut mencatatka­n seramai 641 (84.5%) daripada 759 individu yang dikesan terlibat dadah bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini terdiri daripada belia berumur 19 hingga 39 tahun.

“Statistik ini secara jelas menunjukka­n generasi muda masa kini merupakan golongan paling aktif terlibat dengan gejala ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Beaufort, di Dataran Bagandang Beaufort, kelmarin.

Turut kelihatan sempena majlis itu, Pegawai Daerah Beaufort Shaid Othman, Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih, Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi dan Presiden GPBPB Mazlan@Joehari Manan.

Kamarlin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Lumadan berkata, penglibata­n seluruh anggota masyarakat diperlukan untuk bersama pihak kerajaan bagi menangani isu tersebut.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan Februari lalu telah mengisytih­arkan 2016 sebagai tahun memerangi dadah.

“Pengisytih­aran ini jelas satu peringatan supaya langkah tegas diambil bagi membendung gejala ini yang memerlukan peranan proaktif dan pelaksanaa­n holistik seluruh lapisan masyarakat.

“Ibu bapa dan keluarga juga adalah entiti paling kecil dalam komuniti yang turut memainkan peranan serius bagi memastikan anak-anak tidak terlibat dengan gejala ini,” katanya.

Terdahulu, pelbagai acara telah diadakan sempena sambutan berkenaan termasukla­h acara perbarisan kontinjen.

 ??  ?? KAMARLIN (lima kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah satu kontijen yang terlibat dalam acara perbarisan sempena majlis itu.
KAMARLIN (lima kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah satu kontijen yang terlibat dalam acara perbarisan sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kontijen yang terlibat dalam acara perbarisan merakamkan gambar gaya bebas sejurus selesai majlis itu.
SEBAHAGIAN kontijen yang terlibat dalam acara perbarisan merakamkan gambar gaya bebas sejurus selesai majlis itu.
 ??  ?? KAMARLIN (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah satu kontijen yang terlibat dalam acara perbarisan ketika di majlis itu.
KAMARLIN (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah satu kontijen yang terlibat dalam acara perbarisan ketika di majlis itu.
 ??  ?? KAMARLIN meluangkan masa di gerai pameran kesihatan sempena majlis itu.
KAMARLIN meluangkan masa di gerai pameran kesihatan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia